Header Ads

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online. Anda pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah? Untuk makluman, anda kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara online melalui sistem Sapsibubapa. Semakan Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah suatu sistem analisis peperiksaan sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu ibu bapa untuk memantau perkembangan atau prestasi pelajaran anak mereka. Disini MyBelajar kongsikan tentang cara buat semakan keputusan peperiksaan online Sapsibubapa. Lihat ini juga : KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR, PT3 & SPM 2017 SELURUH NEGERI 


Untuk pengetahuan, SAPS Ibu Bapa akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar di mana hanya boleh dibuat semakan keputusan peperiksaan bagi sekolah rendah (Darjah 1 - 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1 - 5). Anda boleh rujuk di bawah.

SAPS Ibu Bapa Semakan Peperiksaan


Berikut adalah kaedah dan langkah-langkah mudah dan pantas untuk membuat semakan keputusan peperiksaan online (SAPS):

1. Anda boleh layari ke laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS.

2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa "-" atau space).

3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah.

4. Seterusnya, pilih tahun peperiksaan dan masukan kod pengesahan.

5. Klik butang SEMAK LAPORAN dan dibawa ke paparan seperti di bawah.


6. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak sama ada ujian, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, peperiksaan percubaan SPM dan sebagainya.

7. Kemudian, klik 'Papar Slip Keputusan' atau paparan lebih terperinci klikkan 'Papar Markah Peperiksaan'.

Semoga sistem SAPS Ibu Bapa ini diwujudkan adalah tak lain untuk memudahkan ibu bapa memantau atau membantu prestasi akademik anak secara tidak langsung. Terima kasih membaca artikel SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online. Sila share dan bookmark.

No comments

Powered by Blogger.