Header Ads

SAPS Ibu Bapa Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan

SAPS Ibu Bapa Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan. Ibu bapa biasa dengar tentang SAPS Ibu Bapa? Tahu apa sistem SAPS Ibu Bapa? Apa fungsi sistem online itu? Ibu bapa termasuklah pelajar perlu baca dan fahami selanjutnya mengenai ini sistem SAPS Ibu Bapa sampai habis. Disini MyBelajar kongsikan tentang maklumat lanjut semakan online sistem analisis peperiksaan Sapsibubapa. Lihat ini juga : KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR, PT3 & SPM 2017 SELURUH NEGERI 

SAPS Ibu Bapa Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan

Sebagai ibu bapa pendidik utama anak-anak di rumah perlu peka dan menitikberatkan terhadap pendidikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, pendidikan yang terbaik daripada ibu bapa penjamin untuk anak-anak berjaya dalam dunia yang serba moden ini. Persoalannya, bagaimana untuk memastikan pendidikan anak-anak kita sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan cemerlang dalam pembelajaran mereka.

Untuk pengetahuan, cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah ibu bapa perlu sentiasa memantau keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Melalui pemantauan, akan memudahkan ibu bapa mengesan dan mengetahui kelemahan pembelajaran anak-anak mereka. Dengan itu, lebih mudah untuk membantu anak mereka yang lemah dalam subjek masing-masing.

Walaubagaimanapun, dek kerana kesibukan ibu bapa bekerja, telah menyebabkan terabai akademik anak-anak mereka. Bila kali terakhir anda menyemak keputusan peperiksaan anak anda? Nak tahu jalan penyelesaian untuk memudahkan ibu bapa anda? Jangan risau, kini telah diwujudkan satu sistem online yang dinamakan SAPS Ibu Bapa. Nak tahu apa sistem itu?

SAPS Ibu Bapa Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan


SAPS Ibu Bapa Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan satu sistem online iaitu SAPS Ibu Bapa bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak dengan mudah. Sistem SAPS Ibu Bapa ini telah direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, setiap kali habis musim peperiksaan ibu bapa perlu ke sekolah untuk memeriksa keputusan akademik anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu bertemu guru kelas atau membuat appointment dengan guru, dan hal ini akan menyebabkan memakan masa dan tenaga.

Sistem SAPS ini juga turut dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta dan dibangunkan oleh kerajaan khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan penyimpanan data akademik pelajar dan taraf pendidikan Negara kita.

Bagaimana cara untuk menggunakan sistem online ini? Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan. Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan atau ujian anak anda melalui laman web ini kerana sistem rasmi SAPS Ibu Bapa akan mengalami masalah website down. Oleh itu, untuk memudahkan anda, klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Dengan menyemak keputusan melalui link website ini akan memudahkan ibu bapa tidak terlalu menunggu keputusan anak mereka kerana sistem utama SAPS Ibu Bapa akan tidak dapat diakses kerana terlalu ramai yang online dalam masa yang sama.

Oh Ya, Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui atas talian (online) dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ini ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan atau ujian, anda boleh buat semakan dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Malah, sistem ini juga boleh menyemak keputusan UPSR, PT3 dan SPM yang akan dikemaskini ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Dengan adanya sistem ini, anda sudah boleh menyemak keputusan anak-anak anda pada bila-bila masa di mana jua. Oleh itu, tidaklah dengari lagi isu di mana keputusan anak-anak diabaikan oleh ibu bapa dek kerana tidak menghadiri ke sekolah. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita untuk terus mendidik anak-anak.

Jika anda rasa sistem ini sangat penting dan berguna, sila kongsikan artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang terutamanya ibu bapa lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online. Terima kasih sudi membaca artikel SAPS Ibu Bapa Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan. Sila bookmark.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.