Header Ads

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan 2018

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan 2018 | Anda sebagai ibu bapa tahukah kini adanya sistem semakan keputusan online iaitu SAPS Ibu Bapa. Sebenarnya Saps Ibu Bapa atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah satu aplikasi yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka menerusi online. Sistem Semakan Saps Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan peperiksaan anak anda dari Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 - 6) hingga Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 - 5).

SAPS Ibu Bapa

Antara jenis keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui SAPS Ibu Bapa NKRA ;
  • Peperiksaan Awal Tahun
  • Pertengahan Tahun
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Ujian Selaras
  • Peperiksaan Percubaan

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan 2018

Berikut adalah kaedah atau cara Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa ;

1. Anda boleh terus lawati ke pautan di bawah ;

Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan. Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.

2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir anda tanpa dash atau space.

3 Anda perlu memilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah. Setelah itu, pilih tahun untuk disemak.

4. Klik butang semak laporan dan akan memaparkan seperti di bawah ;

SAPS Ibu Bapa Semakan Peperiksaan

5. Selepas itu, pilih jenis peperiksaan yang akan disemak.

6. Kemudian, klik Papar Slip Keputusan atau lebih terperinci klik Papar Markah Peperiksaan.

Mudahkan saja?

Semoga adanya sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini dapat membantu anda untuk menyemak keputusan peperiksaan anak anda dengan cepat dan mudah. Terima kasih membaca artikel SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan 2017.

No comments

Powered by Blogger.