Header Ads

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2018 Online

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2018| Adakah anda pelajar tahun enam tahun 2017? Jika ya! Untuk makluman, anda kini boleh membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan Satu tahun 2018 yang telah dibuka bermula 19 September 2017 hingga 31 Oktober 2017. Anda boleh isi borang permohonan MRSM Tingkatan 1 sesi 2018 secara online.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2018 Online

Secara umumnya, pihak MRSM mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2017 yang berminat serta cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk kemasukan ke tingkatan satu MRSM tahun 2018. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

Sebelum anda memohon, terlebih dahulu anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan dan mengikuti panduan mengisi borang permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 tahun 2018. Disini MyBelajar kongsikan cara permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 tahun 2018 Online.

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1


● Pemohon adalah warganegara Malaysia
● Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar tahun enam yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
● Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self Assessment (OLSA) dala tempoh yang ditetapkan.
● Memperoleh keputusan 3A 3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sarawak & Sabah) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun 2017.
● Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR tahun 2017.
● Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2018 Online 


Berikut adalah langkah-langkah memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan Satu tahun 2018 seperti di bawah ;

Langkah Pertama


Cara Mendapatkan Kata Aluan Online 


Pemohonan baru perlu mendapatkan kata aluan permohonan secara atas talian (online) melalui laman web seperti berikut :

KLIK ➡ https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

* Permohonan kata aluan adalah percuma. Tempoh permohonan kata aluan dibuka mulai 19 September 2017 hingga 31 Oktober 2017.

Langkah Kedua 

Isi Borang Permohonan Online MRSM Tingkatan 1 Tahun 2018


Sila rujuk lampiran A. Selepas mendapat kata aluan (password) pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web :

KLIK ➡ https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Pemohon perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan.

Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MARA di alamat :

KLIK ➡ http://www.mara.gov.my

Langkah Ketiga

Online Self-Assessment (OLSA)


Pemohon juga perlu menjawab OLSA bagi matapelajaran Keperibadian dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan.

* Tempoh mengisi borang permohonan dan menjawab OLSA adalah mulai 19 September 2017 hingga 31 Oktober 2017.

Langkah Ke-4

Ujian Khas Mengikut Program 


Pemohon yang memilih program SPMRSM ULUL ALBAB, SPMRSM CAMBRIDGE IGCSE dan SPMRSM TEKNIKAL perlu menduduki Ujian Khas yang telah ditetapkan.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh akhir permohonan online adalah pada 31 Oktober 2017.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2018, permohonan dianggap tidak berjaya. Manakala pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

Semoga perkongsian artikel ini dapat memudahkan pelajar untuk memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan Satu tahun 2018 secara online. Selamat maju jaya kepada pelajar tahun 6. Terima kasih membaca artikel Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2018 Online. Kongsikan kepada rakan-rakan anda di Telegram, Facebook dan Whatsapp.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.