Header Ads

3 Cara Pembayaran Yuran UITM Dengan Mudah

3 Cara Pembayaran Yuran UITM Dengan Mudah | Adakah anda pemohon kemasukan ke Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) sesi 2018? Jika ya! Anda tahu cara membuat pembayaran yuran UiTM dengan mudah. Okay disini MyBelajar kongsikan 3 cara bayaran yuran bagi pelajar UiTM.

3 Cara Pembayaran Yuran UITM Dengan Mudah

Pertama sekali anda perlulah menyemak dahulu yuran pengajian di student portal UiTM. Klik link di bawah ;

KLIK 👉http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :

1. Klik Student Portal
2. Login
3. Klik FinEportal
4. Klik Bil Pelajar
5. Semak Bil yang masih Belum DiBayar
6. Cetak Bil dan Membuat Pembayaran Bil
7. Cara Membayar Yuran UiTM

3 Cara Bayar Yuran UiTM Dengan Mudah 


Berikut dikongsikan adalah cara pembayaran yuran kemasukan UiTM sesi 2018 boleh dibuat dengan cara seperti ;


1) Cara Bayar Yuran UiTM Melalui Kaunter Bank Islam (seluruh cawangan Bank Islam)


1. Layari Student Portal atau anda boleh terus ke https://myfinancial.uitm.edu.my/new/index.php/pelajar
2. Kemudian masukkan nombor pelajar anda di ruang yang disediakan.
3. Seterusnya, klik butang “Bil Pelajar” di bahagian “Maklumat Bil“.
4. Cetak bil tersebut dan kemudian anda buat pembayaran di kaunter Bank Islam berdekatan mengikut amaun yang telah ditetapkan.
5. Tuliskan nombor dokumen pada slip bank (nombor akaun tidak diperlukan)

Nota : Simpan slip tersebut sebagai bukti pembayaran, status pembayaran akan di kemaskini 2 hari bekerja selepas tarikh pembayaran di buat.

2) Cara Bayar Yuran UiTM Pembayaran Online Melalui Perbankan Internet 


1. Layari https://www.bankislam.biz/.
2. Klik "Internet Banking Login".
3. Masukkan User ID (Username) dan klik Login.
4. Pastikan Private Image and Private Word betul, kemudian klik /,
5. Masukkan Password dan klik Login.
6. Pilih Bill Payment, klik Bill Presentment.
7. Pilih Universiti Teknologi MARA pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
8. Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar. Klik Next.
9. Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.
10. Klik dan Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik Pay.
11. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
12. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran. Klik Pay untuk meneruskan pembayaran.
13. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat. Request IAC number. IAC number akan dihantar melalui SMS ke telefon anda.
14. Masukkan IAC number, kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
15. Cetak slip bayaran untuk rujukan.


3. Cara Bayar Yuran UiTM Menggunakan Mesin ATM Bank Islam 


1. Masukkan kad dan pin keselamatan.
2. Melalui paparan skrin, pilih Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT.
3. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar (bukan Student ID).
4. Pilih bil yang peelu dibayar (pastikan amaun itu tepat seperti yang dinyatakan dalam Bil Pelajar).
5. Simpan slip sebagai rujukan bayaran.

Baca juga :
● Permohonan Kemasukan UiTM Sesi Mac 2018

Semoga perkongsian ini dapat membantu pemohon untuk membuat pembayaran yuran UiTM dengan mudah dan cepat. Terima kasih membaca dan kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Kredit : infopelajar2u
Sumber

No comments

Powered by Blogger.