Header Ads

Cara Buat Jadual Belajar Yang Mudah & Berkesan

Cara Buat Jadual Belajar Yang Mudah & Berkesan | Ramai pelajar tanya soalan, bagaimana nak buat jadual belajar yang berkesan? Mungkin sesetengah anda yang sukar untuk mengulangkaji matapelajaran kerana tidak mempunyai jadual yang sistematik dan tersusun. Sebenarnya anda tak perlu buat jadual profesional dan pasti memang anda tak kan ikut. Oleh itu, MyBelajar akan kongsikan satu jadual belajar yang berkesan sebagai panduan anda untuk mengulangkaji dan buat latih tubi dengan menggunakan jadual ini. Sesuai bagi anda yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

Cara Buat Jadual Belajar Yang Mudah & Berkesan

Cara Buat Jadual Belajar Yang Mudah & Berkesan 


Berikut dikongsikan adalah Cara Buat Jadual Belajar yang power dan mudah sebagai rujukan anda :

1. Lihat kemampuan anda sekarang, maksud saya pencapaian anda dalam peperiksaan bulanan atau peperiksaan awal tahun, kaji apa kelemahan anda dan perbaiki diri sendiri. BUAT MATLAMAT SENDIRI.

2. Subjek lemah perlu tumpuan dalam jadual nanti.

3. Mata pelajaran teras seperti BM, BI, Matematik, Sains kena beri perhatian, misalnya Matematik sangat penting untuk syarat kemasukan universiti.

4. Selepas sekolah, makan, solat dan rehat 30 minit.

5. Waktu petang mulai 2.45 petang hingga 5.00 petang buat kerja sekolah, jika tiada kerja sekolah buat latihan subjek matematik, atau subjek pengiraan, atau ulangkaji matematik atau Fizik. Subjek yang perlu kiraan, bermula dan latihan perlu di buat petang agar tak mudah mengantuk.

6. Sebelah malam ulangkaji dan latihan menjawap soalan tahun lepas bagi subjek yang lebih relaks seperti Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam dan sebagainya.

7. Waktu main petang dalam 45 minit atau 1 jam. ambil masa misalnya pukul 2 petang ke atas, atau waktu yang sesuai.

8. Lepas solat magrib, baca Quran surah yasin, atau alwaqiah, mohon doa pada Allah agar score A tahun ini.

9. Lepas solat Isyak baru mula belajar hingga 11.30 malam, setengah pelajar tidur awal pukul 11 malam dan bangun awal 4.30 pagi, belajar dan hafal fakta atau baca nota ulangkaji.

Contoh Jadual Harian Seharian Pelajar Cemerlang


05.00 pagi
Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan berwuduk. Aktiviti mentelaah dan menghafal.

06.00 pagi
Solat Subuh, membaca Al-Quran / mentelaah. Bersiap diri untuk ke sekolah dan bersarapan

07.45 pagi - 02.00 petang
Di sekolah (memberi penumpuan kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran)

02.30 petang - 03.00 petang
Solat Zohor dan berehat

03.00 petang - 04.30 petang
Ulangkaji / kelas tambahan / kelas Al-Quran / kokurikulum

04.45 petang
Solat Asar

07.30 malam
Solat Maghrib dan membaca Al-Quran / kuliah agama / makan

08.30 malam - 09.00 malam
Solat Isyak dan Sunat Hajat

09.00 malam - 10.45 malam
Ulangkaji pelajaran / persediaan untuk pengajian hari besok / belajar malam

10.45 malam
Mengambil bekalan minda ( roti + susu + madu )

11.00 malam
Tidur

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dengan mengikut jadual belajar ini yang berkesan untuk anda. Terima kasih membaca. Kongsikan artikel ini kepada rakan anda sebagai tatapan rujukan anda.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.