Header Ads

Cara Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM

Cara Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM | Anda calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017? Sudah kah anda membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan diadakan mulai 6 November 2017 ini. Okay sudah tentunya anda ingin tahu contoh soalan peperiksaan percubaan SPM sebagai latih tubi dan ulangkaji anda. Disini MyBelajar kongsikan cara menjawab soalan KBAT Pendidikan Islam SPM yang sering diperkatakan oleh pelajar.

Cara Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM

Cara Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang teknik menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pendidikan Islam SPM :


Ciri - Ciri Soalan KBAT 


1. Mempunyai STIMULUS/ Rangsangan Minda

Setiap soalan KBAT dimulakan dengan Stimulus yang bertujuan untuk beri rangsangan pemikiran pelajar. Stimulus boleh datang dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk ayat, cerita, gambar, dialog, graf, petikan akhbar dan sebagainya.

2. Diperuntukkan 4 markah dan tidak dinyatakan jumlah jawapan yang dikehendaki.

3. Kata soal yang digunakan biasanya contoh seperti berikan hujah, pendapat, komen, bagaimana dan lain-lain lagi.

Teknik Menjawab Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM 


● Mengenalpasti kehendak soalan yang diberikan misalnya ia akan ada clue contoh seperti "Bagaimana" , "Kenapa" , Apa Pendapat Anda".
● Jawapan wajib ada 4 perkara. (Isi + Huraian + Huraian Lanjut + Kesimpulan).
● Jawab dalam bentuk ESEI, bukannya dalam bentuk POIN.  Guna jawapan yang paling jelas dan mudah bagi pemeriksa.
● Jawapan KBAT selalunya terbuka dan anda boleh berikan jawapan atau pendapat anda yang munasabah.

Contoh Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM 


Kenalpasti perkara yang tidak menepati syariat Islam dalam majlis perkahwinan dan berikan komen anda. (4 markah)

Jawapan :

Menghidangkan arak dalam majlis perkahwinan (1m - ISI). Ini kerana ianya akan menjadi tetamu mabuk (1m - HURAIAN). Keadaan ini menyebabkan berlakunya pergaduhan antara sesama tetamu (1m - HURAIAN KESAN). Kesimpulannya, meminum minum arak akan membawa kepada kebinasaan dan patut terhindar daripada sebarang maksiat. (1m - KESIMPULAN).

Ini antara contoh soalan dan jawapan KBAT dalam subjek Pendidikan Islam bagi pelajar SPM. Anda wajib menjawab seperti jawapan sedemikian dengan adanya isi, huraian dan kesimpulan dalam bentuk esei.

Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar Tingkatan 5 untuk menjawab soalan KBAT Pendidikan Islam dengan mudahnya. Kongsikan kepada rakan-rakan anda yang turut mengambil peperiksaan SPM. Selamat maju jaya kepada calon.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.