Header Ads

Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua | Adakah anda pelajar Tingkatan 5 dan juga bakal menduduki SPM tahun 2017? Anda tahu skema jawapan Sejarah kertas 3 SPM? Untuk pengetahuan anda, tema umum Sejarah Kertas 3 SPM 2017 adalah bertajuk Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.

Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Contoh dan Skema Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua


Tema Umum : Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

" Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai
oleh penjajah Barat kecuali Thailand. Belanda menguasai kepulauan Indonesia.
British menguasai Burma (Myanmar), Semenanjung Tanah Melayu, Singapura,
Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat merampas Filipina daripada Sepanyol.
Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-Timur."

Contoh Soalan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua


1. Pengenalan (5 markah)

Jelaskan secara ringkas tentang latar
belakang gerakan nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua.

2. Memahami faktor-faktor pemangkin 
nasionalisme. (30 markah)

Terangkan faktor-faktor pemangkin
nasionalisme.
i. Sistem Pendidikan (10m )
ii. Dasar British (10m )
iii. Pendudukan Jepun (10m )

3. Perkembangan gerakan nasionalisme terhadap kesedaran semangat nasionalisme penduduk di Tanah Melayu. (15 markah)

Terangkan peranan Gerakan Islah terhadap kesedaran nasionalisme penduduk di Tanah Melayu.

4. Langkah-langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang kukuh dalam menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. (15 markah)

Bagaimanakah cara untuk memupuk
semangat patriotisme kepada rakyat
Malaysia?

5. Peranan kerajaan Malaysia dalam 
mengekalkan kemerdekaan Negara 
kita. (10 markah)

Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan peranan kerajaan Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan Negara kita?

6. Cabaran dan langkah menghadapi 
cabaran pada abad ke 21. (10 markah)

i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha menyemai semangat nasionalisme dikalangan remaja. (5m)
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. (5m)

7. Penerapan nilai-nilai murni / iktibar/ 
patriotisme amalan semangat 
perpaduan antara kaum di negara 
kita. (10 markah)

Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar
yang diperolehi daripada semangat
perpaduan antara kaum di negara kita.

8. Rumusan (5 markah)

● Pengetahuan yang diperoleh
● Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
● Harapan untuk masa depan bagi
menjadikan Malaysia sebuah negara yang dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian.

Skema Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua


Soalan 1 : Jelaskan secara ringkas tentang Gerakan nasionalisme sehingga perang dunia kedua.

F1 British berjaya menjajah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
F2 Semangat penduduk tempatan
F3 Menentang penjajahan
F4 Membaiki diri dalam bidang pendidikan
F5 Membaiki diri dalam bidang ekonomi
F6 Melalui persatuan negeri
F7 Melalui badan sosial yang ditubuhkan

Soalan 2 : Terangkan faktor-faktor pemangkin nasionalisme.

F1 Sistem pendidikan Inggeris
F2 Sekolah vernakular Melayu
F3 Diperkenalkan pada akhir abad ke-19
F4 Melahirkan golongan intelektual Melayu
F5 Mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
F6 Sumbangan tenaga
F7 Sumbangan fikiran
F8 Menyedarkan bangsa Melayu
F9 Menggunakan idea baru
F10 Memajukan diri
F11 Menolak penjajahan British
F12 Menggalakan sesiapa sahaja datang
F13 Melabur
F14 Berniaga
F15 Berdagang
F16 Bekerja
F17 Menetap di Tanah Melayu
F18 Ramai orang asing menetap di Tanah Melayu
F19 Kemasukan orang asing meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
F20 Menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
F21 Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu
F22 Perlombongan bijih timah
F23 Perladangan getah
F24 Perniagaan
F25 Orang Melayu kekal sebagai petani
F26 British membuka bandar sebagai pusat pentadbiran
F27 Orang Melayu tinggal di kampung-kampung
F28 Kemajuan prasarana
F29 Contoh elektrik/ perkhidmatan pos/telefon/sekolah dan hospital
F30 Meningkatkan taraf hidup di bandar
F31 Wujud jurang taraf hidup
F32 Luar bandar dan imigran
F33 Jepun membawa konsep Kawasan Kesemakmuran Asia
F34 Menekankan kebebasan negara-negara Asia
F35 Meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara
F36 Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengannya
F37 Berjanji memberi kemerdekaan
F38 Kesengsaraan hidup
F39 Kekurangan makanan /ubat-ubatan
F40 Kekejaman pentadbiran Jepun
F41 Sebilangan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan
F42 Sama ada Kuasa Barat atau Timur
F43 Semua penjajah tetap zalim
F44 Menekan kehidupan orang tempatan
F45 Malayan Union diperkenalkan oleh British
F46 Tentangan orang Melayu jelas
F47 Tidak mahu dijajah oleh sesiapa lagi

Soalan 3 : Terangkan peranan Gerakan Islah terhadap kesedaran nasionalisme 
penduduk di Tanah Melayu.

F1 Gerakan Islah berusaha mendorong masyarakat melayu membetulkan pandangan mereka terhadap islam
F2 Dikenali sebagai kaum muda
F3 Dipimpin oleh Syed Tahir Jalaluddin
F4 Syed Syeikh Al-Hadi
F5 Dr Burhanuddin Al- Hilmi
F6 Akhbar dan majalah kaum muda ialah Al- Imam
F7 Neracha
F8 Idaran Zaman
F9 Pengasuh
F10 Memajukan ekonomi /pendidikan /politik orang Melayu
F11 Menyemai sikap mengkritik penjajah
F12 mengkritik raja dan pembesar
F13 Bergerak hanya di negeri-negeri Selat sahaja
F14 Undang-undang di Negeri-negeri Melayu menghalang pengaruh
F15 Undang-undang tidak membenarkan sebarang kegiatan tanpa kebenaran sultan
F16 Undang-undang tidak membenarkan risalah dan buku-buku kaum muda di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu
F17 Menubuhkan madrasah
F18 Sistem pendidikan Islam merangkumi dunia dan akhirat

Soalan 4 :  Bagaimanakah cara untuk memupuk semangat nasionalisme dikalangan rakyat Malaysia?

F1 mengadakan rumah terbuka semasa perayaan
F2 mengadakan asrama 1 Malaysia
F3 menghayati dan mengamalkan Rukun Negara
F4 memberi bantuan Baucer Buku 1 Malaysia kepada pelajar
F5 bantuan perumahan 1 Malaysia kepada rakyat yang kurang berkemampuan
F6 mengadakan gotong-royong komuniti 1 Malaysia
F7 melibatkan semua kaum dalam setiap aktiviti yang dianjurkan
F8 Rumah Terbuka perayaan 1 Malaysia
F9 memberikan Lesen Teksi Persendirian 1 Malaysia
F10 memberikan Baucer RM5000 untuk pembelian teksi baharu.
F11 memberi bantuan awal Persekolahan 1 Malaysia
F12 menu 1 Malaysia
F13 memberikan Komputer 1 Malaysia
F14 Kedai Rakyat 1 Malaysia
F15 Koop 1 Malaysia
F16 Klinik 1 Malaysia
F17 Tuisyen Rakyat 1 Malaysia
( Mana-mana jawapan yang munasabah)

Soalan 5 : Peranan kerajaan Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan Negara?

F1 Menguatkuasakan undang-undan
F2 Mengawal sempadan Negara daripada dicerobohi musuh
F3 Memodenkan angkatan tentera
F4 Memodenkan peralatan angkatan tentera
F5 Meningkatkan ekonomi Negara
F6 Membanyakkan kemudahan dan prasarana awam
F7 Meningkatkan pendidikan
F8 Mengukuhkan perpaduan rakyat
F9 Menghalang kemasukan pendatang asing secara haram
F10 Mengawal pintu masuk Negara
( Mana-mana jawapan munasabah)

Soalan 6 : Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam usaha menyemai semangat nasionalisme dikalangan remaja.

F1 Budaya negatif
F2 Buta sejarah, mengambil ringan tentang jasa tokoh-tokoh silam
F3 Terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak yang memecahbelahkan perpaduan kaum
F4 Pendedahan secara langsung kepada budaya barat
F5 Kurangnya penguasaan ilmu dalam kalangan remaja
( Mana-mana jawapan yang munasabah )

Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut

F1 Menghindari budaya negatif
F2 Memperkasakan perpaduan bangsa
F3 Mengamalkan budaya bangsa
F4 Menguasai segala bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran
F5 Memelihara jati diri
( Mana-mana jawapan yang munasabah )

Soalan 7 : Nyatakan nilai-nilai murni dan ikhtibar yang diperolehi daripada semangat perpaduan antara kaum di negara kita.

F1 Kedaulatan negara tanggung jawab rakyat
F2 Sanggup berkorban untuk negara
F3 Berani menentang musuh negara
F4 Perpaduan penting dalam perjuangan
F5 Pemimpin perlu berwibawa
F6 Ilmu tunjang kekuatan negara
F7 Tabah dalam perjuangan
F8 Teknologi penting untuk keselamatan negara
F9 Rancangan negara mestilah strategik
F10 Pertahanan negara perlu kukuh
( Mana-mana jawapan yang munasabah )

Soalan 8 : Rumusan

F1 Akhbar, majalah novel menjadi alat penyebaran idea semangat kebangsaan
F2 Sistem pendidikan telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan
F3 Kemunculan persatuan negeri serta badan sosial dan sastera menyebabkan semangat nasionalisme lebih teratur dan mempunyai objektif yang jelas
F4 Semua kegiatan nasionalisme berfokus pada matlamat orang melayu ingin merdeka
F5 Semangat nationalisme harus dipupuk oleh generasi hari ini.
( Mana-mana jawapan yang munasabah.)

Baca juga :
● Nota Sejarah Bab 2 : Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Semoga perkongsian ini membantu anda mengenai contoh soalan dan skema jawapan tentang Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua. Selamat menjawab soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2017.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.