Header Ads

Kenapa Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik Menjadi Pilihan Graduan

Kenapa Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik Menjadi Pilihan Graduan | Kenapa ramai graduan lepasan Ijazah memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sebagai kerjaya mereka setiap saban tahun. Tidak mengira bidang atau jurusan yang diambil, pasti jawatan PTD menjadi pilihan semasa mengisi permohonan kerja di SPA. Menurut statistik lebih 70,000 orang calon yang dipanggil untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 pada setiap tahun. Malah, ada yang gagal 2 atau 3 kali masih memohon jawatan ini dan tetap terus mencuba. Kenapa nak jadi PTD?

Kenapa Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik Menjadi Pilihan Graduan

Kenapa Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik Menjadi Pilihan Graduan


Sebenarnya apakah kelebihan yang diperolehi oleh seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik? Secara umumnya, bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran negara dan lain-lain lagi.

Menariknya juga PTD turut terlibat dengan tugas-tugas lebih sukar meliputi hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. Secara tak langsung, mereka yang menjawat jawatan PTD berpeluang untuk berkhidmat sebagai pegawai-pegawai di kedutaan.

Maka, tidak hairanlah kenapa kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik menjadi pilihan graduan untuk berkhidmat dalam negara. Nak tahu kelebihan dan keistimewaan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik?

Kelebihan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41


√ Elaun Sara Hidup (COLA)
√ Caruman KWSP atau Pencen
√ Mendapat kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer
√ Kenaikan gaji setiap tahun
√ Imbuhan tetap khidmat awam
√ Mendapat cuti tahunan mengikut kelayakan
√ Cuti bersalin
√ Elaun Perumahan
√ Peluang kenaikan pangkat dengan cepat
√ Peluang melanjutkan pelajaran secara percuma

Itu antara kelebihan jika anda bekerja dalam sektor awam. Oleh sebab itu, kerjaya PTD menjadi rebutan sesiapa saja khususnya graduan Ijazah untuk berkhidmat dalam jabatan ini.

Syarat Lantikan ke Jawatan PTD 


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

📖 Warganegara Malaysia;
📖 Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
📖 Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau
📖 Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau
📖 Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);
📖 Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
📖 Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

Bagi anda yang ingin memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, anda hanya perlu daftar permohonan di laman rasmi SPA. Jawatan PTD ini dibuka pada setiap tahun. Tak rugilah anda terus mencuba dengan membuat permohonan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda. Kongsikan kepada rakan-rakan anda di group Whatsapp, Facebook dan Telegram.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.