Header Ads

Nota Sejarah Bab 2 : Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Nota Sejarah Bab 2 : Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua | Adakah anda pelajar Tingkatan 5? Jika ya! Sudah tentu anda memerlukan nota subjek SPM untuk diulangkaji sebagai persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017. Okay disini MyBelajar akan kongsikan nota dan skema jawapan Sejarah Bab 2 tentang Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua. Untuk pengetahuan anda, Sejarah Tingkatan 5 bab 2 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua merupakan tajuk Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2017.

Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua


Nota Tingkatan 5 Bab 2 Sejarah Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua 


Berikut dikongsikan adalah nota dan skema jawapan Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 :

PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH

1. Satu reaksi untuk menjaga kepentingan daripada dikuasai penjajah

2. Antara pemimpinnya:
a. Penghulu Dol Said
b. Dato Maharaja Lela
c. Rentap
d. Mat Salleh

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

1. Dasar Penaklukan British
a. Bagi mengukuhkan kedudukan politik British.
b. Membolehkan peluasan kuasanya meluas dan terikat dengan peraturannya.
c. Dol Said tidak puas hati lalu menentang.
i. Cth: Melaka diambil daripada Belanda – Naning terpaksa bayar ufti kerana dipaksa jadi naungan British.

2. Ekploitasi terhadap ekonomi tempatan
a. Untuk kepentingan British.
b. Dilakukan melalui perjanjian dengan pembesar tempatan – membolehkan
pedagang negeri Selat menjalankan perdagangan dan pelombongan timah.
c. Jadi kemarahan penduduk tempatan.

3. Pelaksanaan pentadbiran barat terhadap masyarakat tempatan
a. Dengan pengenalan sistem cukai , undang-undang barat, dan peraturan
penerokaan tanah.
b. Ia bertentangan amalan biasa masyarakat membuka tanah ikut keperluan.
i. Cth: Terengganu – penentangan terhadap British kerana penduduk mesti dapat izin British untuk teroka tanah dan bayar cukai.

4. Campurtangan dalam adat resam tempatan
a. British memaksa penduduk ikut nilai barat.
b. Cth: JWW Birch di Perak – amalan guna orang suruhan dan perlu didaftarkan.
Bertentangan dengan amalan Melayu.

5. Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
a. Terhadap kawasan dan pengikut.
b. Hilang kuasa pentadbiran, perundangan, ekonomi, dan sosial.
c. Tidak puas hati – menentang dan dapat sokongan anak buah atau pengikut.
d. Sokong kerana tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
e. Kesetiaan kepada pembesar lagi mendorong mereka menyokong penentangan

6. Kesulitan penduduk tempatan.
a. Disebabkan oleh perundangan British.

PERISTIWA PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN FAKTOR PEMANGKIN / PERKEMBANGAN NASIONALISME

1. Pengenalan sistem politik barat
a. Diperkenalkan oleh Sir Andrew Clarke – musnahkan sistem politik tradisi.
b. Wujud Residen British yang ambil alih peranan pembesar tempatan.
c. Pembesar tempatan diberi pencen dan diganti dengan pegawai British.
d. Ini mencabar amalan dan tradisi serta jatuhkan maruah. Wujud sifat benci terhadap British.

2. Perkembangan Sistem Pendidikan
a. Sistem pendidikan barat dan sekolah vernakular Melayu lahirkan intelektual –
mampu fikirkan tentang bangsanya.
b. Sedar tanggungjawab sedarkan bangsa Melayu .
c. Gunakan idea baru utk majukan diri dan tolak penjajahan Barat.

3. Dasar British
a. Membenarkan sesiapa sahaja masuk ke Tanah Melayu
b. Wujud kemasukan imigran asing.
c. Jejaskan ekonomi Melayu dan tambahkan persaingan.
d. Dasar perbandaran dan pentadbiran jejaskan orang Melayu
e. Melayu kekal mundur dalam pertanian dan taraf hidup kekal rendah.

4. Pendudukan Jepun
a. Mengajak Melayu berkerjasama melalui konsep Kawasan Sekemakmuran Asia
Timur Raya.
b. Kesan pendudukan Jepun Melayu mengalami kesulitan hidup menjadikan semua penjajah zalim.

5. Penguasaan Parti Komunis Malaya
a. Pengusaan PKM selama 14 hari memperlihatkan kezalimannya.
b. PKM membunuh semua orang yang dianggap tali barut Jepun yang
kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu.
c. Mencetuskan konflik perkauman – Melayu bangkit menentang.

6. Kemunculan Mesin Cetak
a. Wujud penyebaran ilmu melalui akhbar, majalah buku dan kitab agama.
b. Membolehkan masyarakat mendapat maklumat dan meneruskan perjuangan.

7. Gerakan Pan Islamisme Sedunia
a. Gerakan intelek Islam Dunia dan membangkitkan pemahaman penentangan
terhadap penjajah.
b. Menekankan kepentingan dunia dan akhirat dan kejayaan dalam kehidupan.
i. Cth: Perjuangan Dan pengaruh tulisan Sheikh Muhamad Abduh dan golongan Wahabi di Arab Saudi.

8. Kesedaran politik serantau
a. Pengaruh perjuangan Nasionalisme Indonesia dari aspek tindakan dan penulisan.
b. Lahirkan golongan intelektual Melayu terutama mereka yang mendapat
pendidikan Vernakular Melayu.

PERISTIWA PENENTANGAN NANING

● Sebab
1. British menjadikan Naning sebagai jajahan takluknya
2. British arahkan Naning menghantar 1/10 daripada hasilnya ke Melaka
3. Diarah ikut perundangan British bukan perundangan tradisi.
4. Hilang kuasa dan kedaulatan – anggap dijajah British.

● Peristiwa
1. 1831, British menghantar tenteranya untuk menakluk Naning
2. Penghulu Dol Said mendapatkan bantuan tentera daripada Yamtuan Ali dari Rembau,
Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sg. Ujong dan Penghulu
Gemencheh
3. Berjaya mengalahkan 150 tentera British diketuai Kapten Wylie - cuba menawan Tabuh dalam daerah Naning
4. 1832, 1200 tentera British menyerang Naning sekali lagi
5. Berjaya, kerana Naning gagal mendapatkan bantuan ketenteraan luar.
6. Dol Said menyerah diri dibawa ke Melaka dibayar pencen / elaun dan sebuah rumah.

SARAWAK

● Sebab :
1. Hilang hak pungut cukai.
2. Ganggu adat dan budaya Iban.
3. Anggap Iban sebagai lanun.
4. Hilang pengaruh dan kuasa di kalangan masyarakat tempatan.

● Peristiwa :
1. Linggir pemimpin kaum Iban di Saribas menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar pada 1849.
a. James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai
Saribas tetapi gagal.
2. Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke kerana menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun.
3. 1853, Rentap menyerang Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir pasukan James Brooke tetapi tentera James Brooke bertindak balas dengan membakar kampung mereka
4. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan mereka diserang British sekali lagi pada 1861
5. Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai dan gerakannya semakin lemah
6. Syariff Masyhor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur menentang kerana James Brooke cuba menguasai wilayah di Sungai Rajang.
a. Sebab hak memungut cukai dan pengaruh mereka hilang
7. Syarif Masyhor menyerang kubu James Brooke di Kanowit.
8. Syarif Masyhor dan Datu Patinggi menyerang James Brooke di Kuching tetapi gagal.
9. Syarif Masyhor melarikan diri ke Brunei dan Sultan Brunei menyerahkannya kepada British di Singapura.
10. Datu Patinggi melarikan diri ke Betawi, ditahan oleh Belanda dan serah kepada James Brooke.

SABAH

● Sebab :
1. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) :
a) Tidak mempedulikan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan
b) Telah menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh
c) Memperkenalkan cukai kepala dan surat perahu
d) Pegawai Syarikat bersikap kasar terhadap penduduk tempatan

● Peristiwa :
1. 1895, Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi tidak dilayan.
2. Gabenor Beauort menyerang dan membakar kampungnya dan beliau terpaksa melarikan diri.
3. 1897, Mat Salleh menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya secara mengejut.
4. SBUB menawar pelan damai iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya tetapi SBUB mungkir janji.
5. Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB dan SBUB menyerang balas kubu Mat
Salleh.
6. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

PERAK

● Sebab :
1. Residen British, J.W.W. Birch melangkaui fungsinya sebagai penasihat. Hendak jadi
pemerintah.
2. Sultan Abdullah hilang kuasa dan pengaruh.
3. Perkenal Sistem cukai yang menghapuskan hak pembesar.
4. Penguasaan British hilang kuasa di kawasan mereka
5. Campurtangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan
6. J.W.W.Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

● Peristiwa :
1. 20 Januari 1874, Perjanjian Pangkor ditandatangani antara Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke.
2. Februari 1875, bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan
pembesar Perak terhadap campur tangan British.
3. 21 Julai 1875, Dato’ Maharaja Lela mengadakan mesyuarat dengan Pembesar Melayu di Durian Sebatang menentang undang-undang British.
4. 12 September 1875, Dato’ Maharaja Lela bersetuju membunuh J.W.W. Birch.
5. 2 November 1875, J.W.W.Birch dibunuh oleh Seputum, Pandak Indut dan lain-lain atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sg. Perak, di Pasir Salak.
6. 13 November 1875, pihak British dengan 500 tenteranya menyerang Pasir Salak. Dato
Maharaja Lela dan Dato Sagor lari ke Kota Lama Dato’ Maharaja Lela.
a. Nama sebenarnya Pandak Lam bin Machang Lela Tok Mahmud.
b. Beliau ialah pembesar kelapan Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putra.

NEGERI SEMBILAN

● Sebab :
1. British menduduki Sg. Ujong
2. British menyokong Dato’ Kelana Sungai Ujong iaitu Syed Abdul Rahman menduduki
Terachi dan Paroi
3. Sekatan dalam pungutan cukai.

● Peristiwa :
1. Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong iaitu Abdullah
Tunggal menentang kemasukan British di Sungai Ujong.
2. Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874.
3. Dato’ Syahbandar juga menentang Dato’ Kelana kerana Dato Kelana mempelawa British campur tangan dalam pertikaian antara mereka kerana berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-negeri Selat.
4. Dengan sokongan British, Dato’ Kelana berjaya mengalahkan Syahbandar.
5. Dato’ Kelana menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.
6. Dato’ Syahbandar berundur ke Selangor.
7. Dato’ Syahbandar kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874.
8. Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura.

PAHANG

● Sebab :
1. Pelaksanakan undang-undang British.
a. Bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti
i. sistem kehakiman,
ii. pemungutan hasil tanah,
iii. sistem cukai dan
iv. penubuhan pasukan polis luar.
2. Menghakis kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

● Peristiwa :
1. Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul bersatu
menentang British.
2. 1890 – Menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terus
3. 1891 – Menyerang British kerana menangkap pengikutnya
4. 1892 – Menyerang dan menawan semula Lubuk Terua
5. 1894 – Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
6. 1895 – Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan
7. Mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan.
8. Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan.
9. 1896, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan menetap di Chieng Mai dengan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn.
10. Beliau diberi wang sara hidup sebanyak 1000 baht dan meninggal dunia di sana
11. Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu

KELANTAN

● Sebab :
1. Pengenalan Sistem Penasihat British di Pasir Puteh 1910.
2. Sistem cukai baru - cukai tanaman dan cukai kepala
3. Pembayaran cukai waktu pejabat menyusahkan penduduk.
4. Bayaran cukai dalam bentuk wang tunai.
Peristiwa
1. Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem cukai dan enggan membayar cukai.
2. Bantahannya tidak dilayan. Polis diarah menangkapnya tetapi gagal.
3. 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta
rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh serta berjaya mendudukinya.
4. Sebuah kerajaan dibentuk, Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai
Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
5. British memperalatkan Sultan Kelantan dan membawa masuk tentera Negeri Selat
dengan Kapal H.M.S. Cadmus dan mendarat di Tumpat.
6. Serangan dilakukan di Saring - melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
7. Tok Janggut terkorban dalam serangan itu. Mayatnya diarak ke seluruh bandar Kota Bharu sebelum digantung sebagai amaran kepada yang berani menentang British.

TOK JANGGUT
1. Nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas
2. Mendapat pendidikan agama di Makkah dan mahir dalam ilmu persilatan.

TERENGGANU

● Sebab :
1. Pengenalan sistem cukai dan undang-undang tanah.
a. Pas penerokaan tanah.
b. Tanah hak milik kerajaan – tidak boleh teroka sesuka hati.

● Peristiwa :
1. Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk Kampung
membersihkan tanah di Kuala Telemong.
2. Mei 1925, kira-kira 300 orang penduduk kampung membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibni Sultan Zainal Abidin 111.
a. Tanah itu meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam.
b. British berjaya menyurai penerokaan itu, dengan bantuan Tengku Nik Maimunah
3. Mei 1928, Penduduk melancarkan penentangan bersenjata.
4. Haji Abdul Rahman diserang oleh 50 orang polis dari Singapura. Ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

Haji Abd. Rahman Limbong
a. Nama sebenar Haji Abdul Rahman bin haji Abdul Hamid.
b. Gelaran Limbong kerana beliau sering mengajar agama di Limbong, Kemaman.

GERAKAN ISLAH DALAM MENINGKATKAN MINDA BANGSA

Maksud: Perjuangan orang Melayu untuk membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.

● Tokoh: Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al Hadi, Dr, Burhanudin Al Helmy.

● Gelaran : Kaum Muda
Alat penyebaran: Akhbar dan Majalah – al Imam, Neraca, Idaran Zaman, Saudara, dan
Pengasuh.

● Idea Perjuangan :
1. Tentang kemajuan dunia.
2. Sikap mengkritik penjajah.
3. Sikap mengkritk raja dan pembesar yang tidak berperanan majukan Melayu.
4. Perjuangan pendidikan untuk wanita.
5. Mendirikan madrasah - al-Idrisiah, Ihya Assyarif.
6. Memberikan pendidikan dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.

● Halangan:
1. Tentangan kaum Tua.
2. Telah kuasai masyarakat dengan menyatakan Islam itu tentang akhirat.
3. Tidak dapat bergerak di Negeri Melayu bersekutu kerana halangan perundangan.
a. Cth Perundangan: Halangan daripada berdakwah dan sampaikan ceramah.
b. Mengharamkan penerbitan risalah, akhbar dan buku.

● Kejayaan :
1. Berjaya bergerak di Negeri negeri Selat.
2. Menubuhkan madrasah untuk jalankan sistem pendidikan Islam.
3. Juga beri peluang kepada pelajar perempuan mendapatkan pendidikan.

AKHBAR MAJALAH DAN NOVEL

Tokoh penulis: Zainal Abidin Ahmad( Zaaba), Abd Rahim Kaji, Dato Onn Jaafar.

● Idea / Sumbangan penulisan Akhbar:
1. Mengkritik dasar British yg menenkan orang Melayu.
2. Persoalan tentang isu politik, ekonomi dan sosial seperti isu pendidikan.sekitar 1930an.
3. Membangkit kesedaran memajukan diri dan bersatu padu.
4. Menyedarkan dan memajukan bangsa Melayu.

● Idea / Sumbangan Penulisan Majalah:
1. Berfokus memajukan orang Melayu melalui puisi dan rencana.
2. Menyentuh kemajuan bangsa dalam politik, ekonomi, pendidikan, dan bahasa.
3. Antara majalah terkenal ialah majalah Guru (1924), Pengasuh (1918) dan Bulan Melayu (1930).

● Idea / Sumbangan Penulisan Novel:
1) Tahun 1930-an, mesej semangat kebangsaan patut dimiliki oleh generasi muda Melayu ditekankan.
2) Sikap menentang penjajah sangat dituntut bagi membela maruah bangsa.
3) Wanita digalak berfikiran positif untuk memajukan diri dan pembangunan bangsa
4) Contoh novel: Keris Melaka, Putera Gnung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Melor Kuala Lumpur.

PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

Membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu. Tertumpu isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa.

● Kesatuan Melayu Singapura (KMS) :
1. Ditubuhkan 1926 di Singapura  Pengasasnya Mohamad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali Embok Suloh.
2. Pemimpinnya berpendidikan Inggeris.
3. Tujuan penubuhan:
a) Menjaga kepentingan sosio ekonomi penduduk Melayu Singapura.
b) Mendesak Bitish menjaga kebajikan orang Melayu Singapura.
4. Kejayaan yang dicapai:
a) Memperoleh sebuah kawasan petempatan khas untuk orang Melayu Singapura.
b) Mendorong penubuhan cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri lain
pada 1930-an.

● Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) :
1. Ditubuhkan 1934 di pimpin oleh cerdik pandai Pulai Pinang.
2. Antaranya S.M. ZAinal Abidin B.A.
3. Tujuan penubuhan:
a) Menggalak ahlinya berkenalan dan bertukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.
b) Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.
4. Tidak bersifat parti politik tetapi kegiatan sosial
5. Menjadi asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

● Persatuan Negeri di Negeri Melayu Bersekutu :
1. Di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938).
2. Objektif utama :
a) Menggabungkan intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu
dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
b) Menggalakkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu Persatuan Melayu Miri ditubuhkan 1936.
3. Diikuti pertubuhan Persatuan Melayu Sarawak 1939 kerana terpengaruh dengan
persatuan-persatuan negeri di Semenanjung.

● Persatuan Sahabat Pena – Sabah :
1. Kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol dan hanya terdapat cawanganya di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.
2. Kegiatannya mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung.
3. Ahli-ahlinya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan, guru sekolah Melayu.
4. Kegiatannya tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah.

● Persatuan Melayu Sarawak :
1. Idea penubuhan timbul sejak 1937 tetapi gagal dilaksanakan kerana dibantah oleh
Brooke.
2. Brooke hanya bersetuju mendaftarnya apabila Datu patinggi Abang Abdillah
menjadi penaungnya.
3. Mendapat sambutan orang Melayu Sarawak di daerah Kuching.
4. Tujuan penubuhan:
i. Mengeratkan perpaduan Melayu
ii. Menggalakkan pendidikan
iii. Menjaga budaya dan maruah bangsa
iv. Menegakkan ajaran agama Islam

● Kesatuan Melayu Muda (KMM) :

i) Latar belakang:
1. Ditubuhkan pada 1939
2. Diketuai Ibrahim Haji Yaakob, wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur
3. Didaftarkan oleh Mustapha Husein, Naib Ketuanya pada Disember 1940
4. Nama KMM diilhamkan oleh Sultan Djenain iaitu pelarian politik Indonesia.

ii) Tujuan Penubuhan:
1. Mewujudkan perpaduan di kalangan pemuda
2. Meningkatkan taraf pendidikan orang Melayu
3. Lebih bersifat politik
4. Antara tindakannnya :
a) Bekerjasama dengan Jepun pada akhir 1940 untuk menghalau British dari Tanah
Melayu
b) Menjadikan KMM salah sebuah badan propaganda Jepun
c) Membeli akhbar Warta Melayu untuk dijadikan alat propaganda anti-British
d) Mengelilingi Tanah Melayu mencari sokongan
e) Menubuhkan cawangannya untuk meluaskan propaganda menentang British
f) Menjadikan Maahad 11 Ihya Asyariff di Gunung Semanggol, Perak sebagai pusat
latihan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut menentang British
5. Reaksi British terhadap KMM akhir 1941.
a. Pemimpin KMM termasuk Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad serta
150 orang penyokongnya ditangkap dan dipenjarakan di Changi Singapura.

GERAKAN NASIONALISME ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN

1. Menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu.
2. Memberi kebebasan kepada pertubuhan yang menyokong dan bergerak di bawah
pengawasannya.
3. Ahmad Boestamam menubuhkan Barisan Pemuda di Perak bagi menyatukan pemuda-pemuda Melayu.
4. Parti Komunis Malaya (PKM) menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun.
a. Disokong British British memberi bantuan senjata
b. British bekerjasama dengan MPAJA melancarkan perang gerila .
c. Dikenali juga sebagai Pasukan Bintang Tiga.
5. Orang Melayu tubuh Force 136 dan Pasukan Wataniah di Pahang.
a. Ahlinya kecil dan terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang
bekerjasama dengan British
b. Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang.
c. Pasukan Wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela .
d. Anggotanya terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang
kampung yang sedar tentang penindasan Jepun.
6. Ibrahim Yaakob meminta Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama kemerdekaan Indonesia.
7. Matlamatnya untuk menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya .
8. Badan yang berusaha membentuk Indonesia Raya - KRIS .
9. Gagal kerana Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 Ogos 1945.
10. Persidangan KRIS di Kuala Lumpur dibatalkan.
11. Ibrahim Hj. Yaakob, isterinya dan orang kanannya berlindung di Indonesia.

Download Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2


Untuk mendapatkan nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 berkaitan tentang Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua, anda boleh muat turun nota tersebut dalam bentuk PDF.


Baca juga :
● Koleksi Soalan Percubaan SPM 2017 Seluruh Negeri

Semoga informasi ini dapat membantu pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2017 untuk mengulangkaji subjek Sejarah. Selamat maju jaya.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.