Header Ads

Permohonan Asrama 1 Malaysia Tingkatan 1 2018 KPM

Permohonan Asrama 1 Malaysia Tingkatan 1 2018 KPM | Untuk makluman kepada pelajar Tahun 6 yang mengambil peperiksaan UPSR 2017, dimana permohonan bagi kemasukan ke tingkatan satu Program Asrama 1 Malaysia (AIM) 2018 kini telah dibuka. Menerusi portal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), bagi pelajar tahun 6 yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan Asrama 1 Malaysia sesi 2018 sebelum tarikh tutup pada 8 Disember 2017. Disini MyBelajar akan kongsikan cara permohonan Asrama 1 Malaysia (AIM) 2018.

Permohonan Asrama 1 Malaysia Tingkatan 1 2018 KPM

Permohonan Asrama 1 Malaysia Tingkatan 1 2018 KPM


Berikut adalah informasi tentang cara membuat permohonan Asrama 1 Malaysia termasuklah juga syarat kelayakan, senarai sekolah dan borang permohonan ;

Syarat Permohonan AIM Tingkatan Satu 2018


Berikut adalah syarat permohonan kemasukan ke Asrama 1 Malaysia bagi Tingkatan Satu tahun 2018 :

I. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang akan ke tingkatan 1 pada 2018 sahaja.
II. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
III. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
IV. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah rendah/semasa di mana pemohon belajar.
V. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak KPM/ sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah penempatan ke Tingkatan 1 semasa murid memohon.
VI. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
a Sijil lahir / kad pengenalan pemohon dan ibubapa
b. Sijil Berhenti Sekolah
c. Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu dan bapa
d. Borang Pengesahan Pendapatan (jika tiada slip gaji atau tiada pendapatan)
e. Salinan Keputusan UPSR 2017
f. Salinan sijil penilaian kokuirkulum dan sijil-sijil lain
VII. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.

Senarai Sekolah Yang Menawarkan Program Asrama 1 Malaysia 


1. AIM Kuala Lumpur
● Victoria Institution , Kuala Lumpur
● Lelaki sahaja
2. AIM Johor
● SMK (P) Sultan Ibrahim , Johor Bahru
● Perempuan sahaja
3. AIM Sabah
● Maktab Sabah , Kota Kinabalu
● Lelaki dan perempuan
4. AIM Sarawak
● Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang , Miri
● Lelaki dan perempuan


Borang Permohonan AIM Tingkatan Satu 2018


Anda boleh memuat turun borang permohonan AIM 2018 menerusi pautan di bawah ;

● Borang Permohonan AIM Tingkatan 1 2018 ➡ KLIK SINI 
● Borang Pengakuan Pendapatan AIM  ➡ KLIK SINI
● Brosur AIM ➡ KLIK SINI 

Setelah borang permohonan AIM 2018 telah diisi dengan lengkap, hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah ;

Unit Asrama, Sektor Pengurusan Kesihatan Intervensi dan Asrama,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya

* Sila hantar borang permohonan ini sebelum 8 Disember 2017.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk memohon Asrama 1 Malaysia bagi pelajar Tingkatan 1 ambilan sesi 2018. Selamat maju membuat permohonan AIM 2017.

No comments

Powered by Blogger.