Header Ads

Permohonan Bantuan Persekolahan Dana Negeri Terengganu 2018 Online

Permohonan Bantuan Persekolahan Dana Negeri Terengganu 2018 Online | Adakah anda rakyat Terengganu dan memerlukan bantuan persekolahan sesi 2018? Jika ya! Anda layak membuat permohonan Dana Bantuan Persekolahan Negeri Terengganu sesi 2018 secara online mengikut kelayakan syarat permohonan, dimana telah dibuka bermula 5 Oktober 2017 hingga 31 Oktober 2017. Dana Bantuan Persekolahan TTB akan diagihkan pada bulan Disember 2017 atau sebelum sesi persekolahan 2018 bermula.

Permohonan Bantuan Persekolahan Dana Negeri Terengganu 2017 Online

Permohonan Bantuan Persekolahan Dana Negeri Terengganu 2018 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan bantuan persekolahan dana negeri Terengganu 2018 dan turut memaparkan syarat kelayakan permohonan dan cara permohonan :

Syarat Permohonan Bantuan Persekolahan Dana Negeri Terengganu 


● Pemohon suami/ isteri merupakan rakyat Terengganu dan merupakan pengundi berdaftar dalam negeri Terengganu.
● Permohonan adalah terhad kepada dua orang tanggunggan yang masih bersekolah pada sesi persekolahan tahun 2018 dan berumur dari 7 tahun hingga 17 tahun.
● Pendapatan ketua isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan.

Cara Permohonan Dana Bantuan Persekolahan TTB 2018


Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan (link) ini http://danattb.terengganu.gov.my.

Bagi pemohon yang telah mengisi borang Permohonan Dana Bantuan Persekolahan Negeri Terengganu 2018 secara online, anda perlu mencetak borang itu dan menyerahkan kepada JKKK untuk dibuat pengesahan.

Semoga perkongsian ini membantu mereka yan layak untuk membuat Permohonan Bantuan Sesi Persekolahan 2018 dari Kerajaan Negeri Terengganu. Selamat memohon!

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.