Header Ads

Permohonan Kemasukan Ke ILKBS Sesi Januari 2018 Online

Permohonan Kemasukan ke ILKBS Sesi Januari 2018 | Anda berminat melanjutkan pelajaran ke Institut Latihan Kementerian dan Belia Sukan (ILKBS) bagi sesi Januari 2018? Untuk makluman, permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN dan AKBG) sesi 2018 akan dibuka pada 4 Oktober 2017 hingga 8 November 2017. Bagi pemohon yang memenuhi syarat umum kemasukan ke ILKBS, boleh memohon Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) secara online.

Permohonan Kemasukan Ke ILKBS Sesi Januari 2018 Online

Permohonan Kemasukan ke ILKBS Sesi Januari 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN & AKBG) Sesi Januari 2018 termasuklah juga syarat kelayakan, tarikh penting permohonan, cara memohon dan program ditawarkan di ILKBS ;

Aplikasi Permohonan ILKBS Sesi Januari 2018


● Applikasi Permohonan Online ILKBS : KLIKSINI
● Panduan Permohonan Kemasukkan ILKBS : KLIKSINI

Tarikh Penting Permohonan ILKBS Sesi Januari 2018


1. Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 4 Oktober 2017 hingga 8 November 2017
2. Panggilan temuduga : 15 November 2017 hingga 16 November 2017
3. Semakan Keputusan Kemasukan ke ILKBS Sesi Januari 2017 : 29 November 2017
4. Pengesahan terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 29 November 2017 hingga 13 Disember 2017
5. Permohonan rayuan : 29 November 2017 hingga 13 Disember 2017
6. Semakan keputusan rayuan : 20 Disember 2017
7. Pendaftaran pelajar baharu Januari 2018 : 3 Januari 2018


Syarat Permohonan ILKBS 


Berikut adalah antara syarat umum permohonan kemasukan ke ILKBS seperti di bawah :

● Mestilah warganegara Malaysia
● Boleh membaca dan menulis
● Berusia di antara 18 hingga 30 tahun semasa memohon
● Belum berkahwin
● Sihat tubuh badan
● Berkelulusan sekurang-kurangnya tamat pengajian SPM
● Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
● Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
● Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
● Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
● Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan

Program Yang Ditawarkan di ILKBS 


1. Diploma MQA
2. Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap Satu hingga Lima
3. Persijilan JKKP
4. Persijilan Suruhanjaya Tenaga

Untuk maklumat lanjut berkaitan Permohonan Institut Latihan Kementerian dan Belia Sukan (ILKBS), pemohon boleh membuat Semakan Program, Tempoh Pengajian dan syarat lengkap yang ditawarkan di ILKBS. Muat turun SYARAT ILKBS!

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini membantu pemohon untuk membuat permohonan kemasukan ke ILKBS Sesi Januari 2018 dengan mudah menerusi online. Selamat maju jaya.

No comments

Powered by Blogger.