Header Ads

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional 2018 online

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional 2018 online | Adakah anda pelajar lepasan Tingkatan Tiga (3) tahun 2017? Jika ya! Bagi calon lepasan tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2017 dipelawa untuk memohon program di Kolej Vokasional ambilan Januari 2018 secara online menerusi pautan http://sptv.moe.gov.my. Permohonan KV sesi 2018 ini dibuka mulai 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017.

Senarai Kolej Vokasional KPM 

Permohonan Kolej Vokasional 2018 online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Kolej Vokasional sesi 2018 termasuk memaparkan syarat umum kelayakan, cara permohonan dan semakan permohonan :

● Tarikh buka : 10 Oktober 2017
● Tarikh tutup : 20 Disember 2017

Syarat Umum Permohonan Kolej Vokasional KV 


Berikut adalah syarat umum permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional tahun 2018 :

● Calon adalah warganegara Malaysia.
● Calon mesti yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan, Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM.
● Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum, Pentaksiran Psikometrik serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
● Calon sihat tubuh badan.
● Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA.
● Giat aktif dalam kokurikulum di sekolah.

Cara Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional 2018


Jika ada pemohon yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional sesi 2018 secara online dengan klik link di bawah ;

==>> https://sptv.moe.gov.my

Semakan Keputusan Permohonan Kolej Vokasional 2018 Online


Bagi pemohon yang telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan keputusan permohonan Kolej Vokasional tahun 2018 di laman sesawang KPM. Tarikh semakan akan dikemaskini dimana tahun 2016 keputusan diumumkan pada 16 Januari hingga 22 Januari 2017.

Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari https://sptv.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094

Baca juga :
● Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2018 Online
Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2018 Online 

Semoga perkongsian ini dapat membantu pemohon untuk membuat permohonan kemasukan KV sesi 2018 dengan mudah. Selamat maju jaya kepada pemohon. Kongsikan kepada rakan-rakan anda yang turut ingin memasuki Kolej Vokasional 2018.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.