Header Ads

Permohonan Kemasukan KUIS Ambilan November 2017 Online

Permohonan Kemasukan ke KUIS Sesi November 2017 | Anda ingin melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) ambilan November 2017? Untuk makluman anda menerusi laman Facebook KUIS, permohonan kemasukan ke KUIS dalam program Diploma, Asasi, Sarjana Muda, Sarjana dan PHD telah dibuka secara online melalui e-admission KUIS. Bagi anda yang berminat dan berkelayakan, anda boleh membuat permohonan KUIS dengan menggunakan keputusan peperiksaan sebenar. Malah, semua kursus pengajian yang ditawarkan di KUIS telah mendapat perakuan dari MQA.  Disini MyBelajar kongsikan cara permohonan KUIS ambilan 2017 online.

Permohonan Kemasukan KUIS Ambilan November 2017 Online

Permohonan Kemasukan KUIS Ambilan November 2017 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) Sesi November 2017 termasuk memaparkan syarat kelayakan, permohonan online dan cara hubungi :

Syarat Kemasukan KUIS Ambilan November 2017


Berikut adalah syarat kelayakan permohonan KUIS :

1. Ijazah Sarjana Muda

● Keputusan peperiksaan STAM hanya dengan keputusan MAQBUL
● STPM hanya 2 kredit sahaja.

2. Asasi

● Mendapat 5 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. Diploma

● Mendapat 3 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Cara Permohonan Kemasukan KUIS Sesi 2017


Pemohon boleh membuat permohonan kemasukan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) dengan mengakses aplikasi online di http://onlineapp2.kuis.edu.my:8080/onlineapp/default.jsp.

Proses menjadi Pelajar Berdaftar KUIS melibatkan tiga peringkat seperti berikut:

PERINGKAT PERTAMA: PERMOHONAN

1. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik 'Permohonan Baru'.
2. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online dan klik HANTAR.
3. Cetak Borang Permohonan Kemasukan untuk rujukan.

Nota : Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari bekerja. Semakan status permohonan secara online boleh dilakukan selepas tempoh tersebut.

PERINGKAT KE-2: SEMAKAN & PENAWARAN

1. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Semak Status Permohonan.
2. Sekiranya permohonan berjaya, calon pelajar perlu muat turun (download) dan cetak semua dokumen dan borang berkaitan pendaftaran.
3. Lengkapkan/ laksanakan/ penuhi semua keperluan yang tersenarai dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu.

PERINGKAT KE-3: PENDAFTARAN

1. Pastikan semua perkara dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu disediakan/ dilengkapkan/ dibawa pada hari pendaftaran.
2. Hadirkan diri pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan (rujuk Surat Tawaran).

Sekiranya permohonan berjaya, surat tawaran mengikuti pengajian di KUIS akan dikeluarkan secara online kepada pemohon dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan. Semakan status permohonan secara online boleh dilakukan di www.kuis.edu.my.

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berkaitan permohonan KUIS, sila hubungi pihak KUIS di ;

Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar,
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor,
Malaysia.

No. Telefon : 03- 8911 7000/ 2239/ 2240/ 1205/ 1220
No. Faks : 03- 89268462
Email : admission@kuis.edu.my

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan KUIS kemasukan ambilan November 2017. Selamat maju jaya.

No comments

Powered by Blogger.