Header Ads

Permohonan Kemasukan Pusat Kemahiran GIATMARA 2018 Online

Permohonan Kemasukan Pusat Kemahiran GIATMARA 2018 Online |Anda berminat menyertai kursus bidang kemahiran di GIATMARA tahun 2018? Jika ya ! Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA sesi Januari 2018 di seluruh Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2017. Kepada yang berminat, disini myBelajar kongsikan cara permohonan Pusat Kemahiran GIATMARA tahun 2018.

kursus giatmara 2017

Permohonan Kemasukan Pusat Kemahiran GIATMARA 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Kemasukan Pusat Kemahiran GIATMARA 2018 termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang ditawarkan dan cara permohonan :


Syarat Kemasukan GIATMARA 2018


● Warganegara Malaysia dan Bumiputera
● Berumur dari 15 tahun dan tiada had umur
● Boleh membaca, menulis dan minat
● Sihat tubuh badan
● Berminat bidang yang dipohon


Senarai Kursus GIATMARA


Berikut adalah kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh negeri :

● Kursus Kluster Komputer dan Networking
● Kluster Elektrikal (KEL)
● Kursus Kluster Fabrik
● Kluster Elektronik Mekatronik
● Kursus Kluster Kulinari
● Kluster Hospitaliti
● Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
● Kursus Kluster Mekanikal
● Kluster Pembuatan
● Kluster Senibina
● Kursus Kluster Pengangkutan
● Kursus Kluster Percetakan

Artikel berkaitan 👉 Senarai Kursus GIATMARA 2018

Cara Permohonan GIATMARA 2018


Terdapat 2 pilihan program di GIATMARA iaitu Program Sepenuh Masa dan Program Separuh Masa :

1. Program Sepenuh Masa

Untuk membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA 2018 secara online bagi Program Sepenuh Masa, anda boleh mengisi borang permohonan GIATMARA menerusi pautan di bawah ;

==>> http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/

2. Program Separuh Masa (Part-time)

Bagi yang berminat dengan Program Separuh Masa latihan kursus kemahiran GIATMARA, anda boleh dapatkan borang manual menerusi pautan di bawah dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA ;

==>> Borang Permohonan Program Separuh Masa GIATMARA 

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh diajukan kepada :

Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03- 26915111
No. Fax : 03- 26910249
Email : gspel@giatmara.edu.my

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat permohonan kemasukan ke Pusat Kemahiran GIATMARA ambilan Januari 2018. Selamat maju jaya.

No comments

Powered by Blogger.