Header Ads

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Tahun 2018

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Tahun 2018 | Adakah anda murid Tahun 6 tahun 2017? Jika ya! Bagi calon lepasan UPSR yang telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 dipelawa untuk membuat Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2018/ 2019 secara online. Permohonan SBP sesi 2018 ini akan dibuka mulai 16 Oktober 2017 hingga tarikh tutup permohonan pada 19 November 2017.

 Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2018

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Tahun 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Sekolah Berasrama Penuh sesi 2018/2019 termasuk memaparkan syarat umum kelayakan, cara permohonan dan semakan permohonan :

● Tarikh buka : 16 Oktober 2017
● Tarikh tutup : 19 November 2017

Syarat Umum Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2018


● Pelajar mestilah warganegara Malaysia
● Bersekolah Kebangsaan
● Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
● Aktif dalam kokurikulum

Cara Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2018


Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan tahun 2018 boleh dibuat secara online melalui aplikasi SST1 KPM yang akan dibuka mulai 16 Oktober 2017.

Aplikasi Borang Permohonan SBP Tingkatan 1 2018


* Pautan (link) aplikasi permohonan akan disertakan disini mulai 16 Oktober 2017 ini.

Sebarang maklumat lanjut, ibubapa atau penjaga termasuklah pemohon disarankan melayari portal rasmi KPM http://www.moe.gov.my untuk mendapatkan info terkini tentang permohonan kemasukan ke SBP bagi Tingkatan Satu sesi 2018.

Baca juga :
● Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2018 Online 
● Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2018 Online

Semoga perkongsian ini dapat membantu pemohon untuk membuat permohonan kemasukan SBP tahun 2018 dengan mudah. Selamat maju jaya kepada pemohon. Kongsikan kepada rakan-rakan anda yang turut ingin memasuki Sekolah Berasrama Penuh.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.