Header Ads

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik SMT Sesi 2018

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik SMT Sesi 2018 | Adakah anda pelajar Tingkatan Tiga (3) dan juga lepasan PT3 tahun 2017? Jika ya! Anda berminat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan sesi 2018? Untuk makluman anda, bagi pelajar Tingkatan 3 tahun 2017 yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik ambilan sesi 2018 secara online yang dibuka mulai 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017.

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik SMT Sesi 2018

Permohonan Kemasukan SMT 2018 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Sekolah Menengah Teknik (SMT) sesi 2018 termasuk memaparkan syarat umum kelayakan, cara permohonan dan semakan permohonan :

● Tarikh buka : 10 Oktober 2017
● Tarikh tutup : 20 Disember 2017

Syarat Umum Permohonan Sekolah Menengah Teknik 


Berikut adalah syarat umum permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik tahun 2018 :

● Calon adalah Warganegara Malaysia
● Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
● Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang
merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
● Calon sihat tubuh badan
● Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau
penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
● Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
● Calon bebas daripada masalah mental
● Calon berminat dengan program dipohon.

Cara Permohonan Kemasukan SMT 2018


Jika ada pemohon yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik sesi 2018 secara online dengan klik link di bawah ;

KLIK ==>> https://sptv.moe.gov.my

Semakan Keputusan Permohonan SMT 2018 Online


Bagi pemohon yang telah membuat Permohonan Sekolah Menengah Teknik, anda boleh membuat semakan keputusan permohonan SMT tahun 2018 di laman sesawang KPM. Tarikh semakan akan dikemaskini dimana tahun 2016 keputusan diumumkan pada 16 Januari hingga 22 Januari 2017.

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program kemasukan SMT, sila layari ke laman web https://sptv.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094

Baca juga :
● Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2018 Online

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini dapat membantu pemohon untuk membuat permohonan kemasukan SMT sesi 2018 dengan mudah. Selamat maju jaya. Kongsikan kepada rakan-rakan anda yang turut ingin memasuki Sekolah Menengah Teknik.

No comments

Powered by Blogger.