Header Ads

Permohonan Kemasukan UIAM Sesi Februari 2018 Online

Permohonan Kemasukan UIAM Sesi Februari 2018 Online | Anda ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau International Islamic University Malaysia (IIUM) ambilan sesi Februari 2018? Jika ya! Untuk makluman anda, pihak UIAM telah mempelawa kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan lepasan STPM, STAM, Diploma, Asasi UiTM dan PASUM untuk membuat permohonan kemasukan ke UIAM sesi Februari 2018 secara online. Jika anda masih lagi belum memasuki mana-mana IPTA atau IPTS, ini pilihan terbaik untuk menyambung pelajaran di UIAM.

Permohonan Kemasukan UIAM Sesi Februari 2018 Online

Untuk pengetahuan anda, UIAM adalah antara 5 Universiti Awam (UA) yang ada membuka pengambilan akademik kedua untuk sesi kemasukan Februari/ Mac 2018. Selain UIAM, UITM, UPSI, UTHM dan UUM adalah Universiti Awam di Malaysia.

Permohonan Kemasukan UIAM Sesi Februari 2018 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan UIAM sesi 2018 yang turut memaparkan syarat umum kelayakan, syarat akademik, senarai program pengajian dan cara mohon UIAM :

Maklumat Permohonan UIAM Ambilan Februari 2018


● Tarikh permohonan dibuka : 2 Oktober 2017
● Tarikh permohonan ditutup : 1 November 2017
● Aplikasi permohonan UIAM : Mohon Disini

Syarat Umum Kelayakan Permohonan UIAM 


Untuk pelajar yang berminat untuk kemasukan ke UIAM, berikut adalah syarat kelayakan umum akademik mengikut lulusan STAM, STPM, Diploma, Asasi UITM & PASUM :

1. Lulus di peringkat SPM atau bersamaan dengannya mendapat sekurang-kurangnya Kredit bahasa Melayu
2. Kredit dalam Pendidikan Islam/ Tasawur Islam/ Pendidikan al-Quran & Sunnah/ Pendidikan Islam Syariah di peringkat SPM atau setaraf ;
3. Kredit dalam mana-mana tiga matapelajaran dalam SPM/ setaraf.

Syarat Kelayakan Mengikut Kelulusan 


Lepasan STAM

Lulus dalam peperiksaan STAM dengan kelulusan paling kurang Jayyid Jiddan.

Lepasan STPM

Lulus STPM dengan CGPA 3.00 ke atas.

Lepasan Diploma

Bagi lepasan Diploma atau mana-mana kelayakan setara yang lain dengan PNGK 3.00 yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Senarai Program Pengajian Ditawarkan di UIAM 


Untuk mengetahui program pengajian yang ditawarkan dan kampus di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, boleh semak secara online di UIAM COURSES FEBRUARY 2017.

Cara Memohon UIAM Online 


1. Masuk ke laman web ini ➡ KLIK SINI .
2. Selepas masuk, daftar akaun terlebih dahulu.
3. Klik "Create New Account"  dan isikan borang yang lengkap.
4. Setelah selesai mengisi borang, maka anda login dan mengisi borang permohonan.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke UIAM sesi Februari 2018 secara online. Kongsikan kepada rakan anda yang lain.

No comments

Powered by Blogger.