Header Ads

Permohonan Kemasukan UiTM Sesi Mac 2018

Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi Akademik 2 2017/2018 | Anda pelajar dan berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) sesi 2017/18? Untuk makluman, anda kini boleh membuat Permohonan Kemasukan Pelajar ke UiTM Bagi Sesi Akademik 2 2017/2018 (Sarjana Muda/ Penerapan/ Profesional/ PLK) Kemasukan Mac 2018 telah dibuka mulai 2 Oktober 2017 hingga 6 November 2017. Disini MyBelajar kongsikan Permohonan Kemasukan UiTM Sesi Mac 2018.

Permohonan Kemasukan UiTM Sesi Mac 2018

Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi Akademik 2 2017/2018


Berikut dikongsikan adalah cara permohonan UiTM sesi Akademik 2 2017/2018 untuk kemasukan Mac 2018 bagi calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM) :

Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM sesi Mac 2018 perlu mengikut program pengajian yang ingin dipohon (klik link di bawah untuk isi borang permohonan).

Lepasan STPM 
● Lepasan Asasi/ Matrikulasi/ PASUM
● Lepasan Diploma UiTM/ Kolej Bersekutu UiTM
● Lepasan Diploma IPT Lain ( Selain UiTM / Kolej Bersekutu UiTM )
● Lepasan STAM

Sebelum membuat permohonan online, pastikan anda telah membeli No Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menggunakan kad pengenalan pemohonan melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN mengikut kategori permohonan.

Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi Akademik 2 2017/2018

Senarai Program Ditawarkan Kemasukan UiTM 


Asasi/ Diploma
Sarjana Muda
Profesional
Penerapan
○ Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK)

Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi Akademik 2 2017/2018

Syarat Permohonan Kemasukan ke UiTM 


1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
2. Warganegara Malaysia.
3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon.
4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

Panduan Membuat Permohonan UiTM 2018


A. Semasa Mengisi Borang Permohonan

1. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda.
2. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*).
3. Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda.
4. Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan.
5. Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.
   
B. Selepas Membuat Permohonan

1. Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

Baca juga :
● 3 Cara Pembayaran Yuran UiTM Dengan Mudah

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini membantu pelajar untuk membuat permohonan kemasukan UiTM Sesi Mac 2018 dengan mudah. Selamat maju jaya ke UiTM.

No comments

Powered by Blogger.