Header Ads

Permohonan Kemasukan UPSI Program Ijazah Sarjana Muda Sesi 2018

Permohonan Kemasukan UPSI Program Ijazah Sarjana Muda Sesi 2018 | Anda ingin menyambung pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sesi 2017/2018? Untuk makluman anda, bagi yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UPSI ambilan sesi Februari 2018 secara online.

Permohonan Kemasukan UPSI Program Ijazah Sarjana Muda Sesi 2018

Menerusi portal rasmi UPSI, permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UPSI lepasan STPM/ STAM/ Diploma telah dibuka mulai 9 Oktober 2017 (Isnin) hingga 3 November 2017 (Jumaat). Sebelum anda mengisi borang permohonan UPSI, anda dinasihatkan membuat semakan syarat kemasukan permohonan UPSI terlebih dahulu.


Permohonan Kemasukan UPSI Program Ijazah Sarjana Muda Sesi 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan UPSI termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara memohon dan semakan keputusan permohonan :

Syarat Umum Kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPSI


● Warganegara Malaysia sahaja.
● Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma/ Setaraf


Syarat Akademik Kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPSI 


● Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran
● Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
● Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
● Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50.
● Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Cara Permohonan UPSI Ijazah Sarjana Muda Online 


Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi online dalam talian Laman Web UPSI (http://www.upsi.edu.my/online) bagi ambilan Februari. Pelajar-pelajar dikehendaki membeli BITARA ID IJAZAH (kata laluan) daripada Bank Simpanan National (BSN).

Semakan Keputusan Permohonan UPSI 2018


Semakan Temuduga Kemasukan ke UPSI bagi lepasan STPM/ Setaraf sesi Akademik 2017/2018 (Februari) boleh dibuat selepas 2 minggu tutup tarikh permohonan.

* Link semakan akan dikemaskini nanti.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini membantu bagi calon yang berkelayakan untuk membuat permohonan Ijazah Sarjana Muda UPSI sesi Februari 2018. Selamat memohon dan moga berjaya nanti.

No comments

Powered by Blogger.