Header Ads

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET | Anda calon bakal menduduki peperiksaan MUET? Secara umumnya, Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan MUET adalah satu ujian yang dikendalikan oleh MPM untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga bagi mereka yang bercadang melanjutkan pengajian ke IPT di Malaysia.

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) di Malaysia. Walau bagaimanapun, ada juga calon yang ingin menukar tempat pusat Ujian MUET mungkin disebabkan lokasi pusat terlalu jauh atau berlaku musibah seperti banjir. Jadi apakah syarat permohonan pertukaran dan cara mendapatkan borang permohonan perpindahan pusat Ujian MUET?

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET 


Berikut dikongsikan adalah cara memohon perpindahan atau pertukaran pusat peperiksaan MUET :

● Pemohon hendaklah melengkapkan borang  Permohonan Perpindahan Pusat Peperiksaan (MUET/C2) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
● Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.
● Bayaran perpindahan pusat peperiksaan ialah RM25.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.
● Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaan mestilah mengambil peperiksaan di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran yang baharu (LPKC baharu).
● Calon yang memohon perpindahan pusat peperiksaan hendaklah menyemak status permohonan mereka melalui laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
● Calon hendaklah menghubungi Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Majlis Peperiksaan Malaysia jika nama calon tiada dalam senarai status dengan kadar SEGERA.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon untuk membuat permohonan perpindahan atau pertukaran pusat Ujian MUET. Selamat maju jaya.

No comments

Powered by Blogger.