Header Ads

Permohonan Sekolah Kawalan Tingkatan 1 Negeri Perak Tahun 2018

Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu ke Sekolah Kawalan Negeri Perak Sesi 2018 | Adakah anda murid-murid tahun 6 tahun 2017? Berita baik buat anda khususnya pelajar tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September 2017 lalu. Menerusi portal rasmi Jabatan Pendidikan Perak sukacita dimaklumkan, kini permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Negeri Perak tahun 2018 bagi Tingkatan Satu telah dibuka hingga tarikh tutup pada 31 Oktober 2017.

Permohonan Sekolah Kawalan Tingkatan 1 Negeri Perak

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Kawalan Negeri Perak Tingkatan 1 tahun 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Kawalan Negeri Perak sesi 2018 :

○ Tarikh permohonan : Dibuka dari 20 September 2017 hingga 31 Oktober 2017

Senarai Sekolah Kawalan Negeri Perak


● Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
● Sekolah Rancangan Khas Daerah (RKD)
● Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
● SMKA Kerian TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab)
● Kelas Aliran Agama (KAA)

Syarat Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2018


Berikut adalah syarat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Kawalan Negeri Perak seperti :

1. Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN) dan Sekolah Rancangan Khas Daerah (RKD)

i. Warganegara Malaysia
ii. Telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2017
iii. Murid Sekolah Kebangsaan (SK) di negeri Perak di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia
iv. Memperolehi 6A dan minimum 4A 2B (untuk Rancangan Khas Negeri) dan minimum 3A 3B (untuk Rancangan Khas Daerah)

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), SMKA Kerian TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) dan  Kelas Aliran Agama (KAA)

i. Warganegara Malaysia
ii. UPSR – MINIMA 2A 4B
iii. Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 – 4A 2B
iv. Aktif dalam ko-kurikulum
v. Menduduki dan lulus Ujian Saringan Bertulis SMKA
vi. Menduduki dan lulus Ujian Temuduga di SMKA Kerian

Borang Permohonan Sekolah Kawalan Negeri Perak 2018


Pemohon boleh memuat turun borang permohonan di bawah dengan klik pautan seperti berikut :

● Borang Permohonan Rancangan Khas Negeri Tingkatan Satu 2018 ➡ KLIKSINI

● Borang Permohonan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) ➡ KLIKSINI

Untuk mendapatkan borang permohonan Sekolah Rancangan Khas Daerah (RKD) boleh didapati di Pejabat Daerah masing-masing. Lihat ini ➡ Senarai Sekolah RKN dan RKD Negeri Perak 

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan Negeri Perak 2018


○ Proses kelulusan dan pengumuman Sekolah Kawalan : 15 hingga 20 Disember 2017

Semoga perkongsian ini dapat membantu murid tahun 6 untuk membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Negeri Perak tahun 2018. Selamat maju jaya kepada pemohon. Silakan share kepada rakan-rakan anda di group Whatsapp dan Telegram.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.