Header Ads

Permohonan Tingkatan 1 SMKA Putrajaya Sekolah Kawalan 2018

Permohonan Tingkatan 1 SMKA Putrajaya Sekolah Kawalan 2018 | Adakah anda murid-murid Tahun 6 dan juga lepasan UPSR 2017? Jika ya! Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu SMKA Putrajaya (Sekolah Kawalan) dan Kelas Aliran Agama (Kelas Kawalan) WP Putrajaya bagi tahun 2018 sehingga tarikh tutup permohonan pada 29 Oktober 2017.

Permohonan Tingkatan 1 SMKA Putrajaya Sekolah Kawalan 2018

Bagi permohonan secara manual khususnya pelajar Putrajaya boleh mengambil borang dari guru kelas sekolah masing-masing manakala pelajar luar Putrajaya pula boleh membuat permohonan secara online selepas keputusan UPSR 2017 diumumkan. Untuk dapatkan maklumat lanjut, disini MyBelajar kongsikan cara permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Putrajaya Tingkatan 1 tahun 2018.

Permohonan Tingkatan 1 SMKA Putrajaya dan Kelas Aliran Agama WP Puttajaya 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat permohonan Sekolah Kawalan Putrajaya 2018 yang turut memaparkan senarai sekolah, syarat permohonan dan cara permohonan seperti :

Senarai Sekolah Kawalan Putrajaya Tahun 2018


Berikut adalah senarai Sekolah Kawalan Putrajaya bagi tingkatan satu tahun 2018 :

1. SEKOLAH KAWALAN WP PUTRAJAYA

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

● SMKA Putrajaya
No 11, Jalan P11C
Presint 11, 62300
Wilayah Persekutuan Putrajaya

2. SEKOLAH KAWALAN WP PUTRAJAYA

Kelas Aliran Agama (KAA)

Berikut adalah penempatan Sekolah Kawalan Kelas Aliran Agama seperti di ;
● SMK Putrajaya Presint 8(1)
● SMK Putrajaya Presint 9(2)
● SMK Putrajaya Presint 11(1)
● SMK Putrajaya Presint 16(1)
● SMK Putrajaya Presint 18(1)

Syarat Permohonan Sekolah Kawalan Putrajaya Tingkatan Satu 2018


✔ Pencapaian minimum UPSR 3A3B
✔ Cemerlang di dalam Ujian Program j-QAF dan UPKK/ UPSRA
✔ Boleh membaca al-Quran dan tulisan jawi dengan baik
✔ Lulus temuduga dan Ujian Khas Saringan Hafazan bagi permohonan ke SMKA Putrajaya

Cara Permohonan Tingkatan Satu Sekolah Kawalan Putrajaya 2018


Berikut adalah dua kaedah permohonan Sekolah Kawalan Putrajaya ambilan 2018 seperti :

1. Pelajar Putrajaya

○ Dapatkan borang permohonan dari guru kelas sekolah masing-masing .
○ Isi dan hantar borang untuk guru membuat pengesahan di dalam data APDM
○ Tempoh permohonan : 20 September hingga 29 Oktober 2017

2. Pelajar Luar Putrajaya

○ Permohonan boleh dilakukan secara online dengan mengisi borang di laman http://jpwpp.moe.gov.my/v2/ selepas keputusan UPSR 2017 diumumkan.

Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Putrajaya 2018 Online 


Semak keputusan ➡ http://jpwpp.moe.gov.my/v2/

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini membantu pelajar untuk membuat permohonan Tingkatan Satu Sekolah Kawalan Putrajaya sesi 2018. Selamat maju jaya.

No comments

Powered by Blogger.