Header Ads

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET | Keputusan Ujian MUET Julai 2017 telah diumumkan? Untuk makluman anda, keputusan MUET sesi Julai 2017 boleh disemak pada 5 Oktober 2017. Terlebih dahulu tim MyBelajar ucapkan tahniah kepada calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan MUET. Bagi calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET, anda boleh kemukakan rayuan penyemakan semula keputusan MUET secara online di portal MPM.

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Cara Semakan Semula Keputusan MUET


Berikut dikongsikan adalah cara penyemakan semula keputusan MUET tahun 2017 :

Beli PIN MEC di BSN

Beli no PIN MEC di BSN untuk semak semula keputusan MUET. Calon akan dikenakan sebanyak RM70 dan RM1.06 (caj perkhidmatan dan GST).

Pembayaran Online

Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan RM2.00) atau melalu Kad Kredit/ Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).

Daftar Online Semakan Semula Keputusan MUET


Anda boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET online di http://www.mpm.edu.my/ atau http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss.

Semakan Keputusan Rayuan Penyemakan Semula Keputusan MUET 


Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan Ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi. Keputusan penyemakan semula keputusan MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my/ selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM. MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon MUET sesi Julai 2017 untuk membuat rayuan semula keputusan Ujian MUET. Share kan kepada rakan-rakan anda ke group Whatsapp, Facebook dan Telegram.

1 comment:

  1. Any posibble in remarking .. the score will change? Or resit is better ?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.