Header Ads

Semakan Keputusan Peperiksaan PT3 2017 Online

Semakan Keputusan Peperiksaan PT3 2017 Online | Adakah anda calon PT3 2017? Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya menjawab peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 pada 9 Oktober hingga 12 Oktober 2017 lalu. Untuk pengetahuan anda, keputusan PT3 2017 akan dikeluarkan pada satu tarikh dalam minggu ketiga bulan Disember 2017. Disini MyBelajar kongsikan cara semak keputusan PT3 2017.

Semakan Keputusan Peperiksaan PT3 2017 Online

Semakan Keputusan PT3 2017 Online 


Berikut adalah maklumat terkini berkaitan tarikh keputusan peperiksaan PT3 2017 yang akan diumumkan menerusi online dan SMS :

● Tarikh rasmi keputusan PT3 2017 : Minggu ke-3 bulan Disember 2017

Perkhidmatan semakan keputusan PT3 2017 secara online akan diumumkan nanti dan dikemaskini.

Mendapatkan Keputusan Pelaporan PT3 2017


Calon Sekolah

Bagi calon sekolah boleh mendapatkan slip peperiksaan PT3 2017 melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Calon Persendirian

Bagi calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan tempat mendaftar PT3.

Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 2017


Bagi calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan PT3 2017 boleh mengemukakan permohonan penyemakan semula keputusan PT3 2017 dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Caj yang dikenakan adalah RM50.00 bagi satu matapelajaran dan boleh mendapatkan borang penyemakan semula keputusan PT3 2017 di sekolah, Sektor/ Unit Penilaian dan Peperiksaaan, JPN dan LP atau dimuat turun di laman web http://lp.moe.gov.my.

Semoga perkongsian ini membantu para calon untuk membuat semakan keputusan peperiksaan PT3 secara online. Diharapkan anda mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan ini.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.