Header Ads

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional 2018

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional 2018 | Adakah anda pelajar lepasan Tingkatan 3 atau lepasan Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan PT3 2017? Jika ya! Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk membuat Permohonan Kolej Vokasional Ambilan 2018, disini dikongsikan dulu syarat permohonan kemasukan Kolej Vokasional (KV) sebagai bahan rujukan untuk anda.

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional (KV) 2018


Berikut dikongsikan adalah syarat kelayakan atau syarat kemasukan Kolej Vokasional ambilan Januari 2018 bagi Aliran Perdana/ Akademik/ Agama dan juga PAV :

Syarat Umum dan Khusus Program Kolej Vokasional (Menjurus Kepada Diploma)


👉 Bagi Murid Lepasan Tingkatan 3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) - Aliran Perdana/ Akademik/ Agama

Syarat Umum ;
● Calon adalah Warganegara Malaysia
● Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan
Kerajaan di bawah kelolaan KPM
● Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017
yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
● Calon sihat tubuh badan
● Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
● Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
● Calon bebas daripada masalah mental
● Calon berminat dengan program dipohon.

Syarat Khusus ;
● Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3)
● Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran
Sekolah-PS).

Syarat Umum dan Khusus Program Kemahiran di Kolej Vokasional 


👉 Bagi Murid Lepasan Tingkatan 3 Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Syarat Umum ;
● Calon mestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017
● Calon sihat tubuh badan
● Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
● Calon bebas daripada masalah mental
● Calon berminat dengan program dipohon
● Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
● Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA

Syarat Khusus ;
● Bagi calon yang berminat untuk ke Kolej Vokasional, calon mestilah memperoleh minimum SKM Tahap 2 semasa mengikuti PAV di SMK

Untuk maklumat lanjut berkaitan syarat permohonan Kolej Vokasional, anda boleh layari laman web rasmi http://bptv.moe.gov.my.

Baca juga :
● Senarai Kolej Vokasional dan Kursus KV Yang Ditawarkan 2018

Semoga perkongsian ini dapat memberi maklumat kepada pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional tahun 2018. Dengan adanya syarat kelayakan Kolej Vokasional ini memudahkan pelajar untuk memohon. Selamat maju jaya.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.