Header Ads

Syarat Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara MRSM Terkini

Syarat Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara MRSM Terkini | Pasti anda ingin tahu syarat kelayakan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terkini? Sudah sedia maklum, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melonggarkan syarat minimum kemasukan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat dengan mengutamakan pelajar cemerlang miskin bandar dan luar bandar serta Pribumi Sabah dan Sarawak.

Syarat Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara MRSM Terkini
Contoh Sekolah MRSM 

Sebelum anda membuat permohonan kemasukan ke MRSM tahun 2018, sebaiknya anda menyemak dahulu syarat kelayakan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara. Disini MyBelajar kongsikan syarat umum kelayakan dan akademik kemasukan ke MRSM tahun 2018.

Syarat Kelayakan Umum dan Akademik Kemasukan MRSM Sesi 2018


Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan MRSM tingkatan satu dan tingkatan empat sesi 2018 :

Syarat Kemasukan MRSM Terkini 


Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

1. Memiliki sikap diri yang positif.
2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.
3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
4. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
5. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Syarat Umum Kelayakan Kemasukan ke MRSM 


● Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
● Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
● Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 6 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk kemasukan ke Tingkatan Satu MRSM.
● Permohonan terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk kemasukan ke Tingkatan Empat MRSM.
● Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) pada masa yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan Akademik Tingkatan 1 MRSM 2018


● Pemohon mestilah memperoleh keputusan minimum 3A 3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah & Sarawak) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2017.
● Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2017.

Syarat Kelayakan Akademik Tingkatan 4 MRSM 2018


● Pemohon mestilah memperoleh keputusan minimum 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A 5B (Sabah & Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2017.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar untuk membuat permohonan ke Maktab Rendah Sains Mara dengan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan. Selamat maju membuat permohonan kemasukan MRSM tingkatan 1 dan 4 ambilan sesi 2018.

No comments

Powered by Blogger.