Header Ads

Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2018

Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Teknik | Anda berminat untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik? Bagi pelajar Tingkatan 3 dan juga lepasan PT3 2017, anda boleh membuat permohonan kemasukan Sekolah Menengah Teknik sesi 2018 yang telah dibuka 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017. Di bawah dikongsikan adalah syarat kelayakan kemasukan Sekolah Menengah Teknik (SMT) sesi 2018.

Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Teknik
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur 

Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Teknik 2018


Berikut adalah syarat kelayakan kemasukan Sekolah Menengah Teknik 2018 bagi pelajar Tingkatan 3 2017 :

● Calon adalah Warganegara Malaysia
● Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
● Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang
merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
● Calon sihat tubuh badan
● Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau
penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
● Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
● Calon bebas daripada masalah mental
● Calon berminat dengan program dipohon.

Baca juga :
● Senarai Sekolah Menengah Teknik SMT di Malaysia 2018

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk membuat Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Januari 2018. Selamat maju jaya.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

1 comment:

  1. Apakah yang akan dipelajari jika memohon kejuruteraan awam

    ReplyDelete

Powered by Blogger.