Header Ads

Tips Lulus Ujian MEdSI Dengan Mudah

Tips Lulus Ujian MEdSI Dengan Mudah | Anda bakal menduduki Ujian MEdSI sesi 2017/18 bagi yang memohon kursus Pendidikan di Universiti Awam? Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) atau lebih anda fahami Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia ialah satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Universiti Perguruan Sultan Idris adalah satu-satunya Universiti Awam (UA) yang mengkhususkan kepada course Perguruan.

Tips Lulus Ujian MEdSI Dengan Mudah

Apakah ujian MEdSi dan bagaimanakah bentuk atau format soalannya?

Untuk pengetahuan anda, soalan ujian MEdSI adalah berbentuk Psikometrik dan dikehendaki menjawab sebanyak 300 soalan dalam masa 1 jam. Educators Selection Inventory atau format soalan Ujian MEdSI terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu :

PERSONALITI - (110 soalan)
MINAT KERJAYA - ( 60 soalan)
NILAI INTEGRITI - ( 70 soalan)
KECERDASAN EMOSI - ( 60 soalan)
JUMLAH - 300 SOALAN / JAM

Contoh Soalan Ujian MEdSI 


PERSONALITI

Tips Lulus Ujian MEdSI Dengan Mudah

MINAT KERJAYA

Tips Lulus Ujian MEdSI Dengan Mudah

NILAI INTEGRITI

Tips Lulus Ujian MEdSI Dengan Mudah

KECERDASAN EMOSI

Tips Lulus Ujian MEdSI Dengan Mudah

Mengapa saya tidak terpilih untuk menduduki ujian MedSI? Apakah kelayakan yang diperlukan?


Tips Lulus Ujian MEdSI Dengan Mudah 


Bagi membantu anda lulus dalam ujian MEdSi, calon-calon mesti set dalam minda dan diri calon bahawa anda adalah seorang guru. Hal ini kerana ujian MedSi ini diadakan untuk menyaring calon2 yang selari dengan perwatakan guru yang sebenar. Terutamanya dalam menjawab uijian yang berkaitan Personaliti dan sebagainya.

Selain itu, bagi soalan yang mahukan anda menyatakan tahap persetujuan sama ada :
√ Sangat Tidak Setuju
√ Tidak Setuju
√ Setuju
√ Sangat Setuju

Calon-calon mesti menjawab sama ada Sangat Tidak Setuju atau Sangat Setuju sahaja. Hal ini kerana, dalam ujian MEdSi, min tertinggi akan dikira dalam proses pengiraan markah ujian. Selain itu juga anda mesti kena tahu, soalan yang diberikan terbahagi kepada soalan berbentuk positif dan negatif. Hal ini, ketegasan dalam menjawab sesuatu soalan Ujian MEdSI sangat diperlukan.

Contoh soalan:

Soalan Positif :
Guru sepatutnya tidak boleh bercinta dengan pelajar.- Sangat Setuju.

Soalan Negatif :
Sesekali guru boleh pulang awal- Sangat Tidak Setuju

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon untuk menduduki Ujian MEdSI bagi memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang perguruan. Selamat maju jaya.

Untuk dapatkan pelbagai info lain dan maklumat terkini, follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Mybelajar dan follow kami group telegram MyBelajar menerusi link ini https://t.me/mybelajarsistem.

No comments

Powered by Blogger.