Header Ads

Borang Permohonan Kemudahan Cuti Kuarantin 2017

Borang Permohonan Kemudahan Cuti Kuarantin 2017 | Anda tahu cara memohon Cuti Kuarantin KKM 2017? Jika sebelum ini penjawat kakitangan awam terpaksa menggunakan Cuti Rehat Khas mereka untuk menjaga anak mereka yang sakit atau menghidap penyakit seperti demam panas, chicken pox, campak dan sebagainya. Mulai 1 Januari 2017, Pekeliling Perkhidmatan telah dikuatkuasakan dimana anda boleh membuat permohonan Cuti Kuarantin KKM untuk menjaga anak anda menghidap penyakit berjangkit dan dikuarantinkan.

Borang Permohonan Kemudahan Cuti Kuarantin 2017

Permohonan Cuti Kuarantin KKM 


Berikut adalah cara Permohonan Cuti Kuarantin KKM 2017 termasuklah syarat kelayakan yang boleh dipohon :

Syarat Cuti Kuarantin 


1. Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana
pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu
dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti
Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.

2. Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah.

3. Anak adalah termasuk:
(a) anak kandung;
(b) anak tiri tanggungan;
(c) anak angkat de facto;
(d) anak angkat; dan

4. Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti berikut:

(a) tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan
mingguan dan hari kelepasan am; dan
(b) dengan syarat anak yang dikuarantin adalah:
(i) berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; dan
(ii) tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.

SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT

1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria

Nota:
Jenis penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari semasa ke semasa.

Borang Permohonan Kemudahan Cuti Kuarantin 


1. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan berserta
perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Kuarantin seperti di Lampiran B.

2. Muat turun borang permohonan Cuti Kuarantin disini.

Semoga informasi tentang permohonan Cuti Kuarantin 2017 KKM ini dapat membantu anda mendapatkan kemudahan cuti ini yang berkelayakan.

Sumber - MOH

No comments

Powered by Blogger.