Header Ads

Cara Daftar Mengundi & Semakan Pemilih Secara Online 2017

Cara Daftar Mengundi & Semakan Pemilih Secara Online 2017 | Anda telah membuat pendaftaran pilihanraya SPR 2017? Bagi anda yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih atau pengundi Malaysia untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihanraya (PRU14), anda boleh mendaftar melalui kaedah ini. Anda boleh ikuti cara-cara daftar mengundi 2017 dikongsikan oleh MyBelajar.

Cara Daftar Mengundi & Semakan Pemilih Secara Online 2017

Cara Daftar Mengundi & Semakan Pemilih Secara Online 2017


Berikut adalah maklumat tentang cara daftar pemilih SPR dan semakan nama pemilih secara online :

Syarat Layak Mendaftar Pemilih SPR 


● Seorang warganegara Malaysia.
● Sudah mencapai umur 21 tahun dan ke atas.
● Menetap di mana-mana Bahagian Pilihanraya di Malaysia.
● Tidak hilang atau hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa.

Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A


1. Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu
2. Daftar mengikut alamat terkini di JPN
3. Pastikan Borang A diisi dengan betul.
4. Borang A yang telah lengkap diisi dalam dua salinan hendaklah disertakan dengan salinan MyKad dan dihantar sendiri ke:
(a) Ibu Pejabat SPR, Putrajaya (link kepada alamat Ibu Pejabat);
(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau (link kepada alamat PPN)
(c) Penolong-Pendaftar Pemilih Yang Dilantik Oleh SPR.

Nota: Borang A yang telah lengkap diisi TIDAK BOLEH dihantar melalui pos, faks ataupun e-mel.
● Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan
● Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda;

Pusat Pendaftaran

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
No. Telefon: 03-88927000
(b) Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri
(c) Maklumat pejabat-pejabat pos
(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri.
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/
(f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik, agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.


Cara Mendaftar Melalui Pejabat Pos 


Berikut adalah cara mendaftar pemilih SPR di Pejabat Pos :

1) Ambil nombor, setelah nombor dipanggil cakap "saya nak daftar sebagai pengundi".
2) Hulurkan nombor kad pengenalan anda.
3) Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in kedalam komputer oleh staf Pejabat Pos yang bertugas di kaunter.
4) Selepas borang siap diisi dengan lengkap. Kemudian dicetak, korang hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari untuk pengesahan.
5) Siap. Ajak rakan-rakan yang sudah layak untuk mendaftar!

Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi Online


1. Sila layari atau klik Semakan Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi DISINI.
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan masukkan aksara captcha.
3. Klik ' SEMAK' dan dipaparkan maklumat anda.

Selamat membuat pendaftaran pemilih pilihanraya ke-14 dan semakan daftar pemilih nama SPR.

No comments

Powered by Blogger.