Header Ads

Kategori Permohonan UPU Bagi Lepasan SPM/ STPM 2018

Kategori Permohonan UPU Bagi Lepasan SPM/ STPM 2018 | Adakah anda pemohon untuk Permohonan UPU online kemasukan ke UA sesi 2018? Untuk panduan anda, disini dikongsikan kategori permohonan UPU bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf mengikut setiap kelayakan anda.

Baca juga :
● Permohonan UPU Sesi Akademik 2018/19 Online
● Tarikh Pembelian No Pin UPU 2018/2019

Kategori Permohonan UPU Bagi Lepasan SPM/ STPM 2018

Senarai Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM


Berikut adalah senarai kategori permohonan UPU Online sesi akademik 2018/2019 mengikut kelayakan dan tahun :

A. KATEGORI PERMOHONAN LEPASAN SPM/ SETARAF

Senarai kategori pemohonan bagi lepasan SPM/ setaraf adalah seperti berikut :

Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja.

Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa.

B. KATEGORI PEMOHONAN LEPASAN STPM/ SETARAF

Senarai kategori pemohonan bagi lepasan STPM/ setaraf adalah seperti berikut :

Kategori A
Pemohon Lepasan STPM Tahun 2017 Aliran Sastera

Kategori S
Pemohon Lepasan STPM Tahun 2017 Aliran Sains

Kategori T (Lepasan STAM)
Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja.

Lepasan Matrikulasi KPM/ MASUM/ Asasi UiTM 

Kategori N
Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, MASUM dan Asasi UiTM.

Kategori P
Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.

Kategori U
Aliran Undang-undang Calon Asasi UiTM.

Kategori K
Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM

Kategori L
Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)

Kategori J
Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

Artikel berkaitan 👉 Kalendar Tarikh Penting UPU Online 2018/ 2019

Dengan adanya informasi ini mengenai kategori permohonan UPU bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf dapat memudahkan pemohon untuk membuat Permohonan UPUOnline sesi akademik 2018/2019.

No comments

Powered by Blogger.