Header Ads

Panduan Beli No. Pin Unik UPU di BSN

Panduan Beli No. Pin Unik ID UPU Di BSN | Adakah anda pemohon UPU bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf sesi 2018/2019? Untuk makluman anda, permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA akan dibuka mulai 5 Februari 2018. Sebelum anda membuat permohonan UPU secara online, pastikan dapatkan nombor pin unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Baca juga :
● Tarikh Pembelian No Pin UPU 2018/2019
● Kalendar Tarikh Penting UPU Online 2018/ 2019

Panduan Beli No. Pin Unik UPU di BSN

Untuk pengetahuan anda, tarikh beli nombor Pin Unik UPU sesi 2018/2019 akan mula dibuka pada 5 Februari 2018 dan tarikh tutup pada 9 April 2018. Pemohon boleh merujuk cara pembelian no. pin UPU yang dikongsikan oleh MyBelajar.

Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN


Berikut adalah 2 cara membeli Pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) :

1. Kaunter BSN

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa nombor kad pengenalan dan sejumlah wang untuk pembayaran yang akan dikenakan. Nombor pin UPU bagi permohonan sesi akademik 2018/2019 adalah berharga RM15.64 termasuk caj GST.

2. Mesin ATM BSN

1. Masukkan Kad dan No Pin
2. Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
3. Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM” (rujuk anda lepasan apa)
5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
6. 'YA’ untuk meneruskan urusan
7. Semak Maklumat
8. Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan atau ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
9. Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan anda.

* senarai pembelian nombor pin UPU sesi 2018/2019 di Portal BSN.

Artikel berkaitan 👉 Kategori Permohonan UPU Bagi Lepasan SPM/ STPM 2018

Semoga perkongsian ini dijadikan panduan untuk membuat pembelian nombor pin unik ID UPU bagi kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi ambilan 2018.

No comments

Powered by Blogger.