Header Ads

Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2018

Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2018 | Kerajaan terus menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat Malaysia dimana Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2018 kekal diteruskan dan dinaikkan untuk membantu golongan sasar mengikut syarat kelayakan BR1M yang ditetapkan. Kenaikan kadar BR1M ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melalui pembentangan Bajet 2018 yang lalu.

Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2018

Sehubungan dengan itu bagi anda yang ingin memohon BR1M, permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka bermula 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017. Pemohon digalakkan untuk mengisi borang kemaskini BR1M 2018 dengan lengkap.

Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2018


Berikut adalah cara permohonan baru BR1M 2018 dan kemaskini maklumat BR1M 2018 :


Permohonan BR1M 2018 Online 


● Permohonan baru online dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka mulai 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017 di https://ebr1m.hasil.gov.my/.

Permohonan BR1M 2018 Secara Manual (Borang)


● Anda boleh dapatkan borang Permohonan BR1M 2018 melalui Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Persekutuan serta agensi kerajaan yang lain dan muat turun di poral rasmi BR1M.

● Borang Permohonan BR1M 2018 yang telah lengkap diisi dengan sempurna boleh hantar ke cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau UTC dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum tarikh tutup.

Cara Kemaskini BR1M 2018


Berikut dikongsikan adalah cara pengemaskinian BR1M 2018 secara online dan manual (isi borang) :


Kemaskini BR1M 2018 Online


● Layari ke portal rasmi https://ebr1m.hasil.gov.my/.
● Klik menu 'Kemaskini Permohonan'.
● Masukkan nombor kad pengenalan dan klik kemaskini permohonan.
● Ikuti arahan dan lengkap maklumat anda.

Kemaskini BR1M 2018 Manual (Borang)


● Layari ke portal https://ebr1m.hasil.gov.my/ dengan memuat turun borang BR1M 2018 atau ;
● Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN.

Baca juga : Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Bila Dapat Duit

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi LHDNM di atas talian bebas 1800882716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 0388824565/ 4566 atau email ke br1m@treasury.gov.my.

Semoga perkongsian tentang permohonan baru BR1M 2018 dan kemaskini BR1M 2018 dapat membantu anda bagi yang ingin memohon BR1M tahun depan. Jangan lupa kongsikan kepada rakan anda yang lain.

No comments

Powered by Blogger.