Header Ads

Permohonan Kemasukan Universiti Malaya Sesi 2018 Online

Permohonan Kemasukan Universiti Malaya Sesi 2018 Online | Anda pelajar lepasan STPM dan Setaraf 2017? Untuk makluman, permohonan Universiti Malaya (UM) ambilan sesi 2018 telah dibuka khususnya kepada pelajar lepasan Diploma, Matrikulasi dan Asasi. Anda boleh membuat Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Pertama Universiti Malaya 2017/2018 secara online mulai daripada 30 Oktober 2017 hingga 13 November 2017.

Baca juga : Senarai Universiti Awam Ambilan Kedua Februari 2018

Permohonan Kemasukan Universiti Malaya Sesi 2018 Online

Universiti Malaya adalah salah satu 6 Universiti Awam (UA) di Malaysia yang menawarkan pengambilan kedua untuk pelajar lepasan STPM/ Setaraf selain UPSI, UIAM, UITM, UUM dan UTHM. Pengambilan adalah untuk sesi Februari dan Mac 2018 yang dibuka pada bulan Oktober hingga November.

Permohonan Universiti Malaya Semester 2 Sesi 2018


Berikut dikongsikan adalah maklumat penting berkaitan permohonan kemasukan ke Universiti Malaya ambilan Februari 2018 secara online :

Aplikasi Permohonan Online Universiti Malaysia 2018


● Pemohon boleh membuat permohonan UM melalui aplikasi online di pautan ini 👉 https://myum-id.um.edu.my

Panduan Permohonan Kemasukan Ke UM Program Ijazah Pertama Lepasan SPTM/ Setaraf 


Sebelum mengisi permohonan

1. Pastikan anda telah membuat pendaftaran akaun baharu. Calon yang pernah mempunyai akaun boleh menggunakan akaun sedia ada.
2. Pastikan anda membaca dengan teliti Manual Pengguna yang disediakan bagi membantu dalam pengisian maklumat permohonan.
3. Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Maklumat Permohonan
Sila kenalpasti kategori permohonan anda (Contoh : Lepasan STPM, Lepasan Matrikulasi, Diploma.
4. Calon lepasan STPM/Asasi/Matrikulasi bukan tahun semasa, A Level/IB/AUSMAT perlu memilih kategori Diploma/Setaraf).

Semasa melengkapkan permohonan

1. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam permohonan
Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*).
2. Pastikan anda menyemak dengan teliti butiran dan maklumat pada permohonan anda.
3. Kemaskini permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup permohonan selagi anda tidak menekan butang (Sah & Hantar).
4. Sekiranya semua maklumat telah lengkap dan anda bersedia untuk mengesahkan permohonan. Sila tekan butang (Sah & Hantar).
5. Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda mengesahkan permohonan iaitu selepas menekan butang (Sah & Hantar).
6. Permohonan yang tidak (Sah & Hantar) tidak akan diproses kerana tidak lengkap
Borang permohonan perlu dicetak sebagai bukti penerimaan permohonan oleh sistem.

Selepas mengemukakan permohonan

1. Pastikan anda membuat semakan semula borang permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan permohonan telah diterima.
2. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti penerimaan.
3. Calon kategori DIPLOMA/SETARAF perlu mengemukakan borang permohonan beserta dokumen kepada Seksyen Kemasukan & Rekod, Bangunan Peperiksaan, Bahagian Akademik Univesiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur sebelum 17 November 2017.
4. Permohonan calon yang tidak mengemukakan dokumen di bawah akan dianggap sebagai tidak lengkap dan tidak akan diproses.
5. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
○ Salinan borang permohonan kemasukan pelajar yang dicetak;
○ Salinan kad pengenalan/MyKad calon;
○ Salinan sijil STPM (jika berkaitan);
○ Salinan sijil SPM;
○ Salinan transkrip penuh akademik (Sem 1 hingga akhir);
○ Salinan Diploma/Sijil A Level/IB/AUSMAT;
○ Salinan Sijil MUET;
○ Salinan surat pengesahan tamat pengajian:
○ Salinan keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (jika ada); dan
○ Salinan cetakan akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my/MQR/CAkreditasi.cfm) bagi program yang telah diikuti.

Semoga perkongsian ini membantu anda membuat Permohonan Kemasukan Universiti Malaya Sesi 2018 Online. Tahniah kepada yang berjaya!

No comments

Powered by Blogger.