Header Ads

Permohonan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz SMISTA 2018

Permohonan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz SMISTA 2018 | Anda pelajar tahun 6 dan lepasan UPSR 2017? Untuk makluman anda, Permohonan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz SMISTA sesi 2018 akan dibuka bermula 22 November 2017 hingga 28 November 2017. Anda boleh membuat Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2018 ke SMISTA MAIWP secara online. Disini MyBelajar kongsikan cara permohonan SMISTA MAIWP 2018 Online.

Permohonan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz SMISTA 2018

Permohonan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz SMISTA 2018


Berikut adalah maklumat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz ambilan 2018 termasuk syarat permohonan, cara permohonan dan cara hubungi :

Syarat Kemasukan SMISTA 2018


1. Warganegara Malaysia.
2. Keutamaan diberikan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada anak-anak yang dilahirkan di luar Wilayah Persekutuan.
3. Minat dan mahir dalam Pengajian al-Quran, tilawah dan hafazan.
4. Pencapaian minimum 5A 1B UPSR 2017 dan 5A/Mumtaz dalam UPSRA/PSRA serta yang setara dengannya.
5. Lulus ujian temuduga.

Cara Permohonan SMISTA MAIWP 2018 Online 


Anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP sesi 2018  dengan mengisi borang permohonan secara online menerusi aplikasi di bawah :

● Aplikasi Online 👉 http://www.maiwp.gov.my

● Menghantar borang yang telah lengkap diisi dan dikemaskini sebelum pada 26 November 2017.

● Keputusan peperiksaan haruslah dikemaskini dalam permohonan tersebut selepas Keputusan UPSR 2017 diumumkan.

● Menghadiri sesi temuduga bagi yang layak.

● Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Untuk sebarang maklumat atau keterangan lanjut tentang Permohonan SMISTA MAIWP 2018 boleh terus hubungi 03- 9171 1005.

Atau ;

SMISTA-MAIWP
D/A Masjid Saidina Othman
Ibn Affan, Jalan Budiman,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur

Semoga perkongsian ini membantu anda membuat permohonan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP 2018 secara online dengan lebih mudah. Selamat maju jaya.

No comments

Powered by Blogger.