Header Ads

Permohonan UMK Lepasan Diploma/ Setaraf Sesi Februari 2018

Permohonan UMK Lepasan Diploma/ Setaraf Sesi Februari 2018 |Adakah anda pelajar lepasan Diploma/ Setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam sesi 2018? Berita baik buat anda yang ingin menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi Program Ijazah Sarjana Muda ambilan Februari 2018, dimana permohonan ini telah dibuka bermula 1 November 2017 hingga 31 Disember 2017. Disini Mybelajar kongsikan cara permohonan UMK Semester 2 ambilan sesi 2018.

Baca juga : Senarai Universiti Awam Ambilan Kedua Februari 2018

Permohonan UMK Lepasan Diploma/ Setaraf Sesi Februari 2018

Permohonan UMK Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Februari 2018


Berikut adalah maklumat penting tentang Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UMK Semester 2 sesi 2018 termasuk syarat kelayakan, cara permohonan dan cara hubungi :

Tarikh Penting Permohonan UMK Semester 2 2018 Online 


● Tarikh Tutup : 31 Disember 2017

Borang Permohonan Universiti Malaysia Kelantan 2018


Pemohon yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Kelantan, anda perlu download borang permohonan UMK dan mengisi secara manual.

KLIK 👉 BORANG UMK FEBRUARI 2018

Cara Hantar Borang Permohonan UMK 2018


Anda diberikan dua cara untuk penghantaran borang permohonan UMK sesi 2018 seperti berikut ;

1. Sila SCAN DAN EMAIL borang yang telah lengkap diisi bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan Pemohon, Kad Pengenalan Ibu dan Bapa, Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa, Sijil dan Transkrip Diploma, Sijil Pelajaran Malaysia, Slip Keputusan MUET/Setaraf dan Sijil-sijil Ko-Korikulum yang berkaitan yang telah disahkan kepada E-mail : akademik@umk.edu.my atau ;

2. Pos ke alamat ;
Bahagian Pentadbiran Akademik
Univerrsiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, Beg berkunci No. 01
16300 Bachok Kelantan

Note :
Borang bersama dokumen yang lengkap mestilah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 DISEMBER 2017.

Cara Hubungi UMK


Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada :

Bahagian Pentadbiran Akademik
Univerrsiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, Beg berkunci No. 01
16300 Bachok Kelantan atau ;
Tel : 09-7797023 / 7010 / 7027 atau ;
Faks : 09-7797002

Diucapkan semoga anda berjaya mendapat kemasukan ke UMK bagi Program Ijazah Sarjana Muda sesi Akademik 2017/18. Selamat maju jaya membuat permohonan UMK Semester 2 sesi 2018.

1 comment:

Powered by Blogger.