Header Ads

Permohonan UPU Sesi Akademik 2018/19 Online

Permohonan UPU Sesi Akademik 2018/19 Online | Anda pelajar lepasan SPM/ Setaraf atau STPM/ Setaraf yang ingin membuat permohonan UPU kemasukan ke IPTA sesi 2018/2019? Jika ya! Untuk makluman anda, permohonan UPU Online bagi kemasukan 2018 ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA akan dibuka bermula pada 5 Februari 2018. Tarikh tutup permohonan UPU sesi akademik 2018/19 akan ditutup pada 10 April 2018.

Baca juga :
● Tarikh Pembelian No Pin UPU 2018/2019
● Kategori Permohonan UPU Bagi Lepasan SPM/ STPM 2018

Permohonan UPU Sesi Akademik 2018/19 Online

Bagi pelajar lepasan SPM dan juga lepasan STPM yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) boleh mengemukakan permohonan UPU bagi sesi akademik 2018/2019. Disini MyBelajar kongsikan cara permohonan UPU Online UA sesi 2018.

Permohonan UPU Sesi Akademik 2018/19 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat mengenai Permohonan UPU UA Politeknik Kolej Komuniti ILKA Sesi Akademik 2018/2019 termasuk kategori layak permohonan, cara permohonan, tarikh pembelian No. Pin UPU dan cara hubungi :

Kategori Layak Permohonan UPU 2018/ 2019


● SPM/ SETARAF
(Asasi, Diploma & Sijil di UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA)
- SPM 2017
- SPM 2016
- SPM 2015

Sila Klik 👉 Kategori Permohonan IPTA (UA) Lepasan SPM / Setaraf

● STPM/ SETARAF
(Ijazah Sarjana Muda di UA)
- STPM 2017
- Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2017/2018
- STAM 2016 & 2017
- Diploma / Setaraf

Sila Klik 👉 Kategori Permohanan (UA) Lepasan STPM / Setaraf

Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2018/2019


● Permohonan Dibuka : 5 Februari 2018 jam 12.00 tengahari

● Permohonan Ditutup : 10 April 2018 jam 11.59 malam

● Aplikasi Permohonan Online : http://upu.mohe.gov.my/web/

Sila Klik 👉 Kalendar Tarikh Penting UPU Online 2018

Tarikh Pembelian Nombor Pin Unik ID Permohonan UPU 2018/2019


Nombor Pin Unik ID bagi Permohonan UPU 2018/2019 akan dibuka mulai pada 5 Februari 2018 dengan harga no. unik ID RM15.64 termasuk caj GST. Nombor Unik ID tersebut boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), mesin ATM BSN atau menggunakan SMS Banking bagi pemegang GIRO sahaja.

Sila Klik  👉 Jadual Penjualan, Tarikh Pembelian Dan Harga No Unik ID Di BSN

Untuk mendapat sebarang maklumat lanjut tentang Permohonan UPU sesi akademik 2018/2019, anda boleh terus ke laman FB UPU (KlikSini) dan portal rasmi laman UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/.


Video Cara Buat Permohonan UPU Online 





Semoga perkongsian ini dapat membantu pemohon untuk membuat Permohonan UPU Sesi Akademik 2018/2019 dengan lebih mudah. Jangan lupa bookmark dan kongsi kepada rakan-rakan anda di group Facebook, Telegram dan Whatsapp.

No comments

Powered by Blogger.