Header Ads

Permohonan UTHM Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik Februari 2018

Permohonan UTHM Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik Februari 2018 | Adakah anda pelajar lepasan Diploma/ Setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam sesi 2018? Berita baik buat anda yang ingin menyambung pelajaran ke Universiti Tun Hussein Onn untuk Program Ijazah Sarjana Muda ambilan Februari 2018 yang telah dibuka bermula 1 November 2017 hingga 18 November 2017. Disini Mybelajar kongsikan cara permohonan UTHM Semester 2 sesi 2018.

Baca juga : Senarai Universiti Awam Ambilan Kedua Februari 2018

Permohonan UTHM Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik Februari 2018

Permohonan UTHM Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik Februari 2018


Berikut adalah maklumat penting tentang Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UTHM Semester 2 sesi 2018 termasuk syarat kelayakan, cara permohonan dan cara hubungi :

Tarikh Penting Permohonan UTHM Semester 2 2018 Online 


● Tarikh Buka : 1 November 2017 jam 9 pagi
● Tarikh Tutup : 18 November 2017 11.59 malam
● Aplikasi Permohonan Online : https://wapps.uthm.edu.my/intake/
● Semakan Ujian MEdSI dan Panggilan Temuduga : 4 Disember 2017 hingga 10 Disember 2017
● Hebahan Status Keputusan Permohonan : 15 Januari 2018 hingga 8 Februari 2018

Semakan Keputusan Permohonan UTHM Semester 2 Sesi 2018


Keputusan permohonan boleh disemak di laman web UTHM pada 15 Januari 2018 hingga 8 Februari 2018. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 8 Februari 2018 dianggap gagal dan tidak berjaya.

Cara Hubungi UTHM 


Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada :

PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu pahat
Johor

Waktu Operasi :
Ahad - Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis         : 8.00 pagi - 3.30 petang

No tel : 07-453 7696 / 7689 / 7375 / 7685 / 7687 / 7690

Diucapkan semoga anda berjaya mendapat kemasukan ke UTHM bagi Program Ijazah Sarjana Muda sesi Akademik 2017/18. Selamat maju jaya membuat permohonan UTHM Semester 2 sesi 2018.

No comments

Powered by Blogger.