Header Ads

Permohonan UUM Program Ijazah Sarjana Muda Ambilan Februari 2018

Permohonan UUM Program Ijazah Sarjana Muda Ambilan Februari 2018 | Adakah anda pelajar lepasan Diploma/ Setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam sesi 2018? Berita baik buat anda yang ingin menyambung pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi Program Ijazah Sarjana Muda ambilan Februari 2018, dimana permohonan ini telah dibuka bermula 1 November 2017 hingga 30 November 2017. Disini Mybelajar kongsikan cara permohonan UUM Semester 2 ambilan sesi 2018.

Baca juga : Senarai Universiti Awam Ambilan Kedua Februari 2018

Permohonan UUM Program Ijazah Sarjana Muda Ambilan Februari 2018

Permohonan UUM Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Februari 2018


Berikut adalah maklumat penting tentang Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UUM Semester 2 sesi 2018 termasuk syarat kelayakan, cara permohonan dan cara hubungi :

Tarikh Penting Permohonan UUM Semester 2 2018 Online 


● Tarikh Buka : 1 November 2017
● Tarikh Tutup : 30 November 2017
● Aplikasi Permohonan Online UUM : http://asisonline.uum.edu.my/

Syarat Kemasukan UUM Sesi 2018


● Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;
● Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang setaraf dan diiktiraf:
i) Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;
ii) MQA dan direkodkan dalam MQR
iii) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
iv) Menyertakan dokumen berikut yang telah disahkan kepada pihak Universiti:
 Salinan Permohonan;
 Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon;
 Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa/Surat Akuan Sumpah (Jika hilang)
 Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
 Akuan Majikan (Jika Berkaitan);
 Salinan Sijil STPM/Setaraf;dan
 Salinan Sijil SPM/Setaraf;
 Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir);
 Salinan Diploma/Sijil (Jika ada)
 Salinan Sijil MUET;
 Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian;dan
 Salinan Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika ada)
 Salinan bukti pengiktirafan MQA dan MQR

Semakan Keputusan Permohonan UUM Ambilan Februari 2018


Keputusan kemasukan UUM dijangka akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Januari 2018. Pemohon boleh buat semakan di http://asisonline.uum.edu.my/tawaran/.

Cara Hubungi UUM


Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada :

Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP)
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah

Atau ;

No tel : 04- 928 3323/ 3324/ 3335

Diucapkan semoga anda berjaya mendapat kemasukan ke UUM bagi Program Ijazah Sarjana Muda sesi Akademik 2017/18. Selamat maju jaya membuat permohonan UUM Semester 2 sesi 2018.

No comments

Powered by Blogger.