Header Ads

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Bila Dapat Duit

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Bila Dapat Duit | Anda telah membuat permohonan baharu BR1M 2018? Jika ya! Sudah pastinya anda ingin tahu jadual atau tarikh pembayaran BR1M 2018 yang akan diagihkan bermula awal tahun hadapan. Seperti kebiasaannya sebelum ini, tarikh pembayaran BR1M 2018 akan dibuat sebanyak 3 kali ansuran kecuali golongan bujang yang dibayar sekaligus. Untuk makluman anda, permohonan baharu dan kemaskini BR1M 2018 akan mula dibuka pada 27 November hingga 31 Disember 2017.

Baca juga : Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Bila Dapat Duit

Jadual Pembayaran BR1M 2018


Berikut dikongsikan adalah tarikh pembayaran BR1M 2018 mengikut kategori permohonan bagi yang berkelayakan :

Kategori 1 : Individu Bujang Berpendapatan Bawah RM2,000

Jumlah Bantuan : RM450
○ Februari 2018 : RM450 (akan dikemaskini)

Kategori 2 : Isi Rumah Pendapatan Bulanan Di Antara RM3,001 hingga RM4,000 Sebulan

Jumlah Bantuan : RM900
○ Pertama : Februari 2018 RM300
○ Kedua : Jun 2018 RM300
○ Ketiga : Ogos 2018 RM300

Kategori 3 : Isi Rumah Berpendapatan Di Bawah RM3,000

Jumlah Bantuan : RM1,200
○ Pertama : Februari 2018 RM400
○ Kedua : Jun 2018 RM400
○ Ketiga : Ogos 2018 RM400

Sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi LHDNM di atas talian bebas 1800882716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 0388824565/ 4566 atau email ke br1m@treasury.gov.my.

Semoga perkongsian ini tentang tarikh pembayaran BR1M 2018 dapat memberi pengetahuan kepada pemohon. Jangan lupa kongsikan kepada rakan anda yang lain.

No comments

Powered by Blogger.