Header Ads

Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2018 Online

Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2018 Online| Adakah anda pelajar tingkatan 3 yang membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan sesi 2018? Bilakah tarikh semakan keputusan tawaran KV dan SMT 2018 bagi kemasukan Tingkatan 4? Panduan buat pemohon lepasan PT3 2017 yang telah membuat permohonan kemasukan ke KV dan SMT ambilan sesi 2018. Untuk pengetahuan anda, menurut FAQ Pengambilan Pelajar KV dan SMT tarikh semakan keputusan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2018 akan diumumkan selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Januari 2018.

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018

Semakan Keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2018 Online 


Berikut dikongsikan adalah semakan keputusan tawaran KV dan SMT 2018 online termasuk tarikh semakan dan aplikasi semakan :

● Tarikh Semakan : 15 Januari hingga 22 Januari 2018
● Tarikh Pendaftaran : 23 Januari 2018 (Aliran Perdana) dan 12 Februari 2018 (Aliran PAV)

Aplikasi Semakan KV dan SMT 2018 Tingkatan 4 Online


○ Layari ke laman web rasmi 👉 https://sptv.moe.gov.my

Permohonan Rayuan KV dan SMT 2018 Online


Bagi pemohon yang gagal mendapat penempatan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik  ambilan Januari 2018, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan KV dan SMT dengan menghubungi pihak institusi yang terlibat mulai 24 Januari sehingga 28 Februari 2018 (Aliran Perdana) dan 13 Februari sehingga 28 Februari 2018 (Aliran PAV).

Selamat membuat semakan keputusan tawaran KV dan SMT 2018 bagi kemasukan pelajar Tingkatan 4. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tempat ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan sesi 2018.

No comments

Powered by Blogger.